“You Look Great” – Pertama Kali Bertemu, Neelofa Terima Pujian Pereka Tersohor Tommy Hilfiger

0
181

Pengacara dan usahawan berjaya Neelofa berkesempatan meluangkan masa dengan pereka fesyen terkenal dunia, Tommy Hilfiger.

Pertemuan santai tersebut berlangsung ketika Neelofa sedang mencuba busana Tommy Hilfiger menerusi proses pemadanan.

“You look great,” komen Hilfiger saat pertama kali bertemu empat mata dengan Neelofa.

Menurut pengacara MeleTOP ini, pereka fesyen tersebut turut membantunya ketika proses fitting dan begitu santai ketika melihat dirinya menggayakan hijab. 

“Ketika sesi fitting berlangsung, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang telah saya cuba. Beliau sangat baik. “Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama,” tambah Neelofa.

Menurut Neelofa lagi, dia juga begitu menggemari kebanyakan busana yang ada dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger.

“Koleksi yang diperagakan semalam terdiri daripada busana kasual. Saya boleh melihat diri saya menggayakan koleksi berkenaan, terutama koleksi busana kasual lelaki,” ujar Neelofa.

Terdahulu, Neelofa terbang ke New York untuk menjadi tetamu majlis pertunjukan fesyen jenama-jenama mewah di Minggu Fesyen New York.

Selain Neelofa, pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga berada di sana untuk menyaksikan Minggu Fesyen New York.

Tommy Hilfiger merupakan satu jenama mewah terkenal dunia yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat.

Antara selebriti dunia yang pernah menjadi wajah jenama Tommy Hilfiger adalah Gigi Hadid dan Zendaya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here