Seminggu sebelum raya, Yatt Hamzah disahkan hamil anak keempat

Yatt Hamzah sedang hamil anak keempat. foto Instagram @yatthamzah_suci

 

PELAKON Yatt Hamzah mengumumkan berita gembira apabila dia kini hamil anak keempat dan kandungannya memasuki usia 12 minggu.

Yatt, 38, berkata berita kehamilannya itu diketahui seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Bismillahirrahmannirahim… Sempena mengambil keberkatan Syawal, bonda (Yatt) ingin kongsikan berita baik ini dengan semua sahabat dan pengikut, bonda kini hamil anak keempat.

“Alhamdulillah, minggu terakhir puasa baru sempat ke klinik untuk confirmkan. Alhamdulillah rezeki Ramadan. Kandungan kini berusia 12 minggu lebih,” katanya.

Yatt berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram pada Isnin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. Sempena mengambil keberkatan Syawal, Bonda Ingin kongsikan berita baik ini dengan semua sahabat & followers. Bonda kini hamil anak ke – 4. #Alhamdulillah Minggu terakhir Puasa baru sempat ke Klinik utk confirmkan. Alhamdulillah rezeki Ramadhan. Kandungan kini berusia 12 minggu lbh. . Mohon doa semua agar Bonda yg lasak dan aktif menjaga 3 Anak2 kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dlm kandungan selamat & kuat ya.. Aameen Ya Rabb..🙏😇❤️Ok now Bonda nevess nak tambah 1 lg ni.. Moga Allah permudahkan.. 😅 . Baju Raya Bonda & Anak2 #theSucis dr @rinasallehclothing Shawl Kami dr @sucibyyatthamzah . #theSucisnakdptadikbaru #rezekitakdisangka2 #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #babyYH #LilSuci #lilMujahidah #suci #sucihananiamalika #sucihumairaiqlima #sucihayfaamedina #SiBibirMerah #bondaYH #motherhood #mother #motherof3

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Yatt berkongsi berita gembira di Instagram.

Dalam pada itu, pemilik nama Haryati Hamzah ini turut memohon supaya diberikan kekuatan dan bayi dikandung itu membesar sihat.

“Mohon doa semua agar bonda yang lasak dan aktif menjaga tiga anak-anak kecil ini kuat dan sihat selalu dan baby dalam kandungan selamat dan kuat ya.

“Aameen Ya Rabb… Okay sekarang bonda nervous nak tambah satu lagi ni.. Moga Allah permudahkan,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

24 Ramadhan1440h. . One with my NYAWA. My lil family of 5. From just 3, to 5. Will it expand to 6 or 7 after this? Hahahha.. Siapa rasa ianya akan bertambah angkat tangan sikit.. 🙌🙌🙌 @zulfadhli_khiruddin @sucihananiamalika @sucihumairaiqlima @sucihayfaamedina . Alhamdulillah for this blessing YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM..❤️😍😘 . Ok Siapa dah khatam Quran? Hebat..👍💪 . All Jubah & Khimar by @sucibyyatthamzah . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #babyYH #LilSuci #lilMujahidah #suci #sucihananiamalika #sucihumairaiqlima #sucihayfaamedina #SiBibirMerah

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Perkongsian Yatt di laman tersebut menerima lebih 2,000 tanda suka dan komen daripada pengikut yang turut mendoakan kesejahteraannya.

Terdahulu, Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun.

Dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

10 Ramadhan 1440H. . Harini Bonda dan anak2 beraksi di #menaraTM bersama @mapimofficial berkongsi kisah rakyat Syria yg kelaparan dan kesejukan di bulan Ramadhan. Kita berbuka mewah makanan melimpah ruah hingga membazir. Mereka berbuka serba kekurangan. Ramai yg kelaparan walaupun sesudah berbuka puasa. Allahuakbar.. Sedihnya mengenangkan nasib saudara2 Muslim kita di sana. Tergamakkah kita tidak Membantu mereka? Hanya memerhati dari jauh? Tidakkah terdetik rasa simpati dlm hati pd mereka? . Ayuh gunakan Ramadhan yg masih berbaki 20 hari ini utk menginfakkan sedikit milik kita buat mereka agar mereka dpt berpuasa dan berhari raya spt yg lain. In shaa Allah. INFAQ ke www.tabungsyria.com . Lg 5 minit akan iftar dan masuk Hari ke 11 berpuasa sekaligus masuk ke fasa kedua Ramadhan iaitu Pengampunan Dosa. Malam ni jom Terawih di Masjid atau rumah. Terawih mana malam ni? Rumah atau Masjid? . @sucihumairaiqlima @sucihayfaamedina #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #babyYH #LilSuci #lilMujahidah #suci #anak2Bonda #theSucis #bondaYHatwork #bondaYH #motherhood #mother #motherof3

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar