Yang Di Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Timang Cucu Lelaki

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Hajah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar menimang seorang cucu lelaki, hari ini.

Puteri baginda, Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah selamat melahirkan puteranya pagi tadi.Khabar gembira itu dikongsikan Tunku Azizah menerusi hantaran foto putera itu di Tw1tter rasmi milik baginda.

“Welcome to the world (Selamat datang ke dunia)…my grandson no 3 (cucu lelaki beta nombor tiga)… Iman selamat melahirkan anak lelaki pagi tadi… Alhamdulillah,” tulis Tunku Azizah di Tw1tter.

Perkongsian foto itu menjadi perhatian warganet dan mendapat lebih 1,000 tanda suka kurang 30 minit sejurus foto itu dimuat naik oleh Tunku Azizah.Pengguna Tw1tter turut menzahirkan ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka berdua.Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah bernikah pada 4 Ogos tahun lalu.Sumber Harian Metro

Artikel berkaitan:Dah Lama Tak Tengok Majlis Macam Ni. Majlis Lenggang Perut Anakanda Agong Jadi Tumpuan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, di sini.Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.

Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah yasin, tahlil dan berzanji.Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.

Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang, Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.

Ketika ditemui pemberita mengenai upacara yang penuh adat budaya Melayu itu, Tengku Puteri Iman, berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.Katanya, beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.

“Ini tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ini harus diingati dan tidak melupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya. – BERNAMA

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: ArenaSetempat