Wow, Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50 Pasangan Ini Disambut Bak Raja Sehari!

Pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mahukan ‘masjid’ yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa. Tiada yang mahukan bahtera yang belayar karam di lautan. Namun itu semuanya takdir dan kekhilafan sebagai seorang manusia.

Biarpun begitu, buat pasangan yang berjaya meredah segala onak duri dan hubungannya masih kekal biarpun di usia emas sememangnya cukup menjadi inspirasi buat pasangan muda kini.

Lebih menarik apabila ulang tahun perkahwinan disambut dengan penuh meriah sekali biarpun usia rumahtangga sudah mencecah 50 tahun!

Baru-baru ini seorang jurugambar berkongsikan beberapa gambar dari majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ke-50 pasangan warga emas yang diraikan dengan cukup meriah sekali.

Foto-foto yang dikongsikan nampak meriah sekali. Macam majlis perkahwinan sebenar. Siap ada pelamin, diarak dengan beca memasuki dewan dan acara bergambar.

Jom lihat kemeriahan majlis meraikan ulang tahun perkahwinan pasangan ini yang ke-50…

Steadylah! Nampak meriah sungguh dah macam majlis perkahwinan sebenar!

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan tidak kurang ada juga yang terinspirasi dengan cara sambutan ulang tahun perkahwinan pasangan ini.

Sumber: Cpin Aidil via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Wow, Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50 Pasangan Ini Disambut Bak Raja Sehari!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*