[GAMBAR] Yahaira Berambut Lurus, Peminat Komen Wajah Anak Lisa Surihani Makin Comel

Umum diketahui pelakon Lisa Surihani dan pasangannya Yusri tidak terlalu mendedahkan wajah anak-anak mereka di laman media sosial suatu ketika dahulu.

Setelah lebih kurang 9 bulan umur anak pertamanya, Yahaira Leanne lahir, baru lah foto anaknya itu didedahkan di laman media sosial. Ekoran muat naik tersebut, ada segelintir netizen yang mengutuk dan mengecam wajah anak sulung Lisa yang mesra digelar Yong itu.

Terbaru, beberapa jam lalu Lisa telah memuat naik sebuah foto dirinya bersama anak perempuannya itu. Namun foto itu melihatkan penampilan anaknya yang sedikit berbeza dek kerana rambut asli Yong asalnya keriting terlihat lurus dalam foto tersebut.

Ternyata, melalui gambar yang dikongsikan itu, membuatkan ramai peminat kepada selebriti terkenal itu teruja melihat raut wajah Yahaira yang tampil berbeza dengan gaya rambut baru.

Menerusi gambar tersebut, Yahaira dilihat cukup comel dengan senyuman gembiranya disamping Lisa di sisi. Melihatkan kepada gaya rambut terbarunya, Yahaira kelihatan manis persis Lisa.

Cantiknya rambut dah lurus!

Secantik ibunya…

Makin lama makin cantik

Wah buat rebonding!

Malah, setelah foto itu dimuat naik ada yang meninggalkan komen menyelar golongan yang pernah mengutuk wajah pasangan pelakon tersebut.

Kata mereka,

Cantik je Yong ni. Mana dulu yang mengutuk anak dia ni tak cantik tu, mana?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MenujuKebenaran