Video ‘TikTok’ Cik B Ini Dikatakan Paling Kelakar, Ramai Yang Terhibur!

Aplikasi TikTok dengan remaja kini sudah tidak asing lagi. Aplikasi ini hanyalah untuk hiburan semata-mata, namun ada juga individu yang bermainnya dapat menunjukkan bakat terpendam mereka seperti menari, berlakon dan sebagainya.

Baru-baru ini, video TikTok yang dihasilkan anak Dato’ Seri Vida (DSV), Cik B tular di sosial media. Cik B yang juga salah seorang remaja kini mempamerkan sisi kreatif yang ada pada dirinya dengan menghasilkan video TikTok yang tular itu.

Biarpun video tersebut hanya berdurasi 10 saat, namun ia sudah mencecah 172,900 tontonan dan 8,800 retweets serta 10,700.

Video tersebut nampak ringkas, dengan satu paparan gadis di sebelahnya menyemburkan air dan muka Cik B kononnya basah disembur gadis tersebut. Namun reaksi wajah Cik yang paling menarik perhatian!

Jom tonton video yang tular ini…

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Sepatutnya Cik B masuk ja Maharaja Lawak Mega”

“Kelakar ah Cik B ni”

“Cik B ok ke tuhh”

“Akak tunggu je Cik B balas balik..”

Sumber: HavocCikb / HCL