Ustazah ‘Pergi’ Selepas Lahirkan Bayi Lelaki – Anak Sulung Berlari Ke Dapur Mencari Ibunya Lepas Itu Menangis Kerana Tidak Jumpa

“Teringat lebih daripada teringat, dua tiga hari tidak mahu makan dan minum susu. Dia berlari ke dapur mencari ibunya lepas itu menangis kerana tidak jumpa.”

Demikian ujar seorang jurutera kilang di Alor Gajah, Melaka, Mohd. Hasbullah Mohamed Yasin, 32, menceritakan keadaan anak perempuan sulungnya, Nurul Huwaina Arissa berusia setahun empat bulan selepas kehilangan ibu 10 hari lalu, lapor Kosmo.

Lebih menyed1hkan, wanita itu, Nurul Shuhadat Mohd. Daud, 32, seorang ustazah dari Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Melaka mennggal dunia semasa melahirkan anak keduanya, Muhammad Hayyan di Hospital Besar Melaka.

Bayi lelaki tersebut selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.17 kilogram pada pukul 12.21 tengah malam pada 22 Disember lalu.

Mohd. Hasbullah berkata, selepas kej4dian tersebut, anaknya, Nurul Huwaina Arissa begitu merindui arwh isterinya yang mesra dengan panggilan ‘mama’.

“Nurul Huwaina memang rapat dengan ibunya. Setiap malam dia akan tidur berp3lukan dengan arwah isteri. Dia masih kurang mengerti bahawa ibunya sudah pergi buat selama-lamanya. Dua ke tiga hari selepas ibunya meninggal dia tidak lalu makan dan minum susu.

“Dia berlari ke dapur mencari ibunya, melihat ke kerusi yang selalu ibunya duduk tetapi tidak berjumpa. Selepas itu dia akan menangis kerana tidak jumpa. Malah, apabila terjaga pada tengah malam dia akan memanggil mamanya,” katanya ketika ditemui di Kampung Kebakat di sini semalam.

Menceritakan semula detik tersebut, Mohd. Hasbullah berkata, keadaan isterinya stabil selepas melahirkan zuriat mereka dan arwh beriya-iya mahu memberikan nama kepada bayi lelaki itu.

“Saya sempat azan dan iqamat di telinga anak kedua kami sebelum doktor mengarahkan saya keluar untuk prosedur seterusnya. Kira-kira pukul 2 pagi, pihak hospital memaklumkan keadaannya stabil dan perlukan rehat.

“Kira-kira pukul 3 dia k0ma dan terus tidak sedarkan diri sebelum mennggal dunia. Doktor memberitahu punca kej4dian berpunca daripada drah beku meny3rang paru-parunya,” ujarnya tenang.

Jnazah isterinya dibawa pulang ke kampung halaman dan dikbumikan di Tanah Perkvburan Islam Tok Selehor, Kok Pasir di sini.

Katanya, dia kini bercadang untuk mencari kerja di Kelantan selepas ini bagi memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya semasa membesar.

Mohd. Hasbullah kini menggalas tanggungjawab untuk membesarkan kedua-dua anaknya.

“Isteri ini jodoh yang baik dengan saya, dia amat mengambil berat tentang saya. Sifat penyayangnya itu terhadap keluarga ini akan sentiasa dirindui. Dia pergi dalam keadaan mengejut namun saya tetap reda.

“Ini dug4an ketiga buat keluarga saya, pada Mac tahun lalu bapa saya, Mohamed Yasin Mohamed men1nggal dunia diikuti kakak sulung, Norhayati pada Ogos lalu men1nggal ak1bat d3mam d3nggi berd4rah di Hospital Selayang,” katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, kem4tian Nurul Shuhadat itu kerana melahirkan anak tergolong dalam golo­ngan sy4hid kecil.

Beliau berkata, m4ti syahid ini menurut Islam terbahagi kepada dua iaitu syahid besar dan syahid kecil manakala kaum wanita yang mennggal dunia kerana melahirkan anak termasuk dalam kalangan para syuhada.

“Bukan sahaja wanita menngg4l dunia semasa melahirkan, malah m4ti lemas, keml4ngan, m4ti dalam keb4karan juga dianggap sebagai syahid kecil.

“Cumanya jn4zah mereka yang sy4hid kecil ini perlu diuruskan se­perti biasa berbeza dengan golongan yang gvgvr di m3dan p3rang ketika berjuang membela Islam (sy4hid besar),” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Semoga rqh arw4h dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Yoynetwork