Tak Berharap Anak Jadi Juara Badminton, Ini Ucapan Lee Chong Wei Untuk Hari Lahir Anak..

Anak kepada pemain badminton Lee Chong Wei, Kingston Lee menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-6 hari ini.

Perkara itu dikongsi Chong Wei menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya (IG) buat tatapan umum.

Menurut Chong Wei, dia tidak berharap agar anaknya itu membesar dan menjadi pemain badminton berjaya sepertinya, sebaliknya hanya mahukan anaknya itu membesar dengan dengan sihat dan gembira.

“Today is my eldest Kingston’s 6 years birthday, Daddy now don’t aspire you to be the smartest in the class, I don’t pray one day you will be a world leader neither do I wish you be the Badminton world champion.

“I only pray you grow up healthily and happily, just healthy and happy.

“Happy birthday Kingston, Daddy, Mummy and your little brother, your family love you!” tulisnya sebagai kapsyen.

Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo mendirikan rumah tangga pada 9 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Kingston, 6, dan Terrance yang kini berusia empat tahun.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak