Wahai pelakon baharu, tolonglah masuk kelas lakonan! Banyak lagi kena belajar – Amar Asyraf

Kebanjiran muka-muka pelakon baharu di kaca televisyen, membuatkan industri seni semakin meriah kepelbagaian drama yang dipaparkan.

Namun tidak semua yang benar-benar berbakat dalam menyampaikan emosi lakonan mereka kepada penonton.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dah tua tua ni harap boleh jadi hero lagi lah kat tv dan filem. Amin.

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf) on

Bagi pelakon Amar Asyraf, seseorang pelakon yang bagus dan berkualiti, ialah yang dapat menyampaikan emosi lakonan watak di dalam sesebuah drama atau telemovie.

“Kalau setakat popular dan mempunyai ramai pengikut di Instagram, belum tentu mutu lakonan itu berkualiti atau penghayatan lakonan tu kurang.

“Macam contoh, dapat skrip yang bagus tapi sayangnya barisan pelakon pula yang kurang dari segi ‘itu’.

“Bukan saya katakan tak serasi tapi orang kata ‘feel’ atau ‘mood’ lakonan tu tak sampai. Bukan tugas saya untuk mengajar tapi setakat nak bantu sikit-sikit, bolehlah,” ujar Amar.

Menurut pelakon Setia Hujung Nyawa ini, pihak penerbit dan juga stesen televisyen perlu membuat pemilihan yang betul sebelum menerbitkan sesebuah drama.

“Pada saya, sudah sampai masanya pihak terlibat seperti penerbit dan stesen televisyen menyenaraikan pelakon yang benar-benar kena dengan watak yang diberi.

“Jangan ambil pelakon yang popular dan ramai pengikut tapi menyusahkan pelakon lain di lokasi penggambaran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Muka @tunkuhanis dah kenapa ntah! #keranamalika

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf) on

“Dalam lakonan ni, ada macam-macam cara untuk kita sampaikan matlamat dalam satu babak. Kita tak boleh nak harapkan sebelah pihak saja.

“Jadi, pelakon-pelakon termasuklah yang baharu memang patut masuk kelas lakonan untuk tingkatkan kualiti lakonan.

“Pelakon ni kena ingat, awak tu bekerja bukan semata-mata nak popular! Sepatutnya orang baru kenalah lebih jaga kualiti kerja.

“Sebab itulah dalam industri kita ni, orang popular ramai, tapi bila nak tengok drama berkualiti kena tunggu slot samarinda dan cerekarama” jelas Amar yang mempunyai Diploma Seni Pengarahan dan Lakonan dari Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) ini. – MHE TV

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Haiyo YB!

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf) on

Antara lakonan beliau:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hah cepat tukar @tv3malaysia sekarang! Tapi jangan lupa solat dulu ok! Salam maghrib!

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:  MHE TV