“Kahwin Bukan Untuk Bercer4i,” – Selebriti Tak Panjang Jodoh, Tok Ti Mohon Jagalah Aib

Tidak dinafikan, minggu lalu menjadi minggu hangat selebriti apabila beberapa kes cerai melibat penggiat seni hangat diperkatakan.

Rentetan daripada berita kemusnahan rumah tangga yang dibina, rakan selebriti ada memberikan reaksi, mengharapkan apa yang berlaku boleh dijadikan sempatan.

Datuk Seri Siti Nurhaliza misalnya turut mengakui dirinya bukanlah individu terbaik bagi memberi pandangan terhadap isu sedemikian sementelah perjalanan hidupnya sendiri belum teruji.

Namun tegas Siti, dia pasti setiap pasangan berkahwin tidak ingin masjid yang dibina berakhir dengan perpisahan.

Saya bukan orang yang terbaik untuk beri nasihat. Saya sendiri pun masih melalui perjalanan hidup seterusnya.

“Cuma, saya pasti mereka yang berkahwin bukan untuk bercerai. Apa pun, bagi saya kalau boleh sebelum kita berkahwin, kita mengenali pasangan.

“Kita menerima kekurangan dan kelebihan dia. Itu penting. Itu tujuan berkahwin.

“Selain daripada nak menghalalkan, mahu buat masjid dengan ikatan suami isteri, kita kena menerima pasangan kita, baik dan buruk, seikhlas serta sejujurnya.

“Kita tak sempurna. Apa yang kita ada hanyalah pinjaman Allah. Kalau kita jujur dengan ikatan perkahwinan, InsyaAllah sampai bila-bila pun kita boleh kekal. Keimanan kena tinggi,” katanya memberikan pandangan.

Pada masa sama penghibur nombor satu negara ini turut menambah, aib pasangan juga haruslah dijaga daripada tontonan umum.

Bimbang, ia boleh menambahkan kepada sesuatu yang lebih teruk.

Semuanya di tangan kita. Kita nak jadikan macam mana. Sama ada peribadi kita ini dipertontonkan atau tidak, semua terletak kepada diri.

“Sebaiknya kalau aib, baik kita jaga dan simpan. Tepuk dada tanya iman,” ulasnya jujur.

Terdahulu, penyanyi Anta Permana ini ditemui pada Majlis Perjumpaan Hari Raya Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Siti Zone di Hotel Pearl International Kuala Lumpur semalam.

Majlis anjuran Siti Nurhaliza Production ini turut diserikan dengan pelbagai seleksi lagu popular antaranya Sesuci Lebaran, Anta Permana dan Comel Pipi Merah. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LIVE UPDATE: . 🌸🌸MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA DATO’ SRI SITI NURHALIZA & SITIZONE 2019🌸🌸 . Penganjur: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. @ctdk . Dengan Kerjasama: The Pearl KL @thepearlkualalumpur . Menu tambahan: @tetanggakita @scoopscoopmalaysia . Busana @ctdk: @rizmanruzaini Foto: Kaki Foto @kakifoto_ @badrulazhar_ Video: Rasa Film @rasafilm.co . Terima kasih kepada Sitizoner yang hadir dan sentiasa memberikan sokongan. . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza via MH