“The Day I Was Proposed To”- Mia Ahmad Bersyukur Jodohnya Panjang

0
52

Pelakon Mia Ahmad bersyukur kerana jodohnya dengan bintang bola sepak, Idzham Tarmizi berpanjangan hingga kini.

Sempena hari mengenang kembali tarik hari dia dilamar suaminya semalam, Mia memuat naik foto throwback mereka berdua di akaun Instagram miliknya.

“The day I was proposed to. Alhamdulillah… bersyukur dapat merasa menjadi seorang isteri. Bersyukur jodoh kami sehingga ke saat ini. Terima Kasih buat yang mendoakan kami berdua,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Terdahulu, rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai pada penghujung tahun lalu.

Rumah tangga mereka bergolak ketika pelakon Hati Perempuan itu sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung, Saif Issa, tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here