“Terbaik Raja Permaisuri Agong” Tinggi Adab Sopan, Tunku Azizah Buat Ramai Kagum

Sikap hormat-menghormati seharusnya dilaksanakan tanpa mengenal pangkat dan kedudukan. Pemimpin seharusnya menghormati rakyat, malah rakyat juga perlu menghormati pemimpin. Sikap ini juga tidak seharusnya terbatas mengikut peringkat umur. Sikap menghormati juga pastinya boleh dipupuk melalui tauladan. Jika orang dewasa atau ibu bapa kanak-kanak menunjukkan sikap menghormati dari aspek perkataan dan perbuatan, ianya akan memberikan inspirasi kepada anak-anak untuk mencontohinya. Begitu juga sebaliknya sekiranya kanak-kanak berada di persekitaran yang tidak menyokong ke arah pembentukan sikap menghormati. Sikap menghormati juga seharusnya diamalkan di mana-mana sahaja.

Terbaru contoh terbaik ditunjukan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri. Tunku memang terkenal sebagai kerabat diraja yang berjiwa rakyat dan mempunyai tingkah laku disenangi ramai.

Tular bila seorang pengguna Twitter berkongsi beberapa keping gambar Tunku Azizah yang kelihatan tunduk hormat, salam mencium tangan dan memeluk erat Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Posting berkenaan dikongsi semula oleh Tunku Azizah yang mengakui amat menghormati Raja Perempuan Kelantan berkenaan sebagai yang lebih ‘senior’.

Warganet memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata kagum dengan adab serta sikap hormat Raja Permaisuri terhadap figura hebat itu.

Kami Rakyat Pahang Bangga!

Terlampau Sayang Tuanku Azizah

Lima tahun je dapat pinjam Tunku

Sedikit Biodata Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tunku Dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru. Merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah

Kakanda lelakinya kini ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah

Pendidikan awalnya di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang. Pengakap Puteri Sedunia serta merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pengerusi PERTAP. Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang(WI). Pengasas atau Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF).Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz (YIA). Penaung Diraja AP di Hong Kong

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Catatan Terakhir via KLPRESS