Perpisahan adalah jalan terakhir buatku – Bella Astillah

Kemelut rumah tangga penyanyi Bella Astillah, 25, dan Aliff Aziz, 28, masih belum berkesudahan.

Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menegaskan yang dia memegang prinsip hidup tentang perkahwinan iaitu hanya berlaku sekali dalam hidup.

Justeru, apabila dirinya memilih seorang lelaki untuk dijadikan pasangan hidup,  dia pastinya menjadi lelaki pertama dan terakhir yang dikahwininya.

“Dalam hal k3melut rumah tangga kami ini,  saya tidak boleh pentingkan diri kerana perlu memikirkan tentang anak. Tambahan pula,  Ayden memang rapat dengan ayahnya. Boleh dikatakan dia selalu mencari Aliff.

“Lagi pun dalam keluarga kami,  tidak pernah ada p3rceraian dan kalau boleh saya mahu mempertahankan rumah tangga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

You may say I’m a dreamer, but I’m not the only one.

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

“P3rceraian adalah jalan terakhir  buat saya, malah saya tidak pernah terfikir ke arah itu.

“Saya juga pernah memberitahu ibu hanya mahu berkahwin dengan seorang lelaki sahaja dalam hidup,” kata Bella ketika ditemui  di majlis Chari-Tea in  Love with Farah Nabilah And Friends di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Bella juga menyatakan tidak mahu terlalu memikirkan masalah rumah tangga kerana mahu fokus kepada bisnes  biskut raya dan kek.

“Saya tidak mahu terlalu fikir soal itu kerana bisnes menjadi keutamaan. Mengenai rumah tangga,  saya hanya berserah dan melakukan beberapa kali solat istikharah.

“Memang orang luar boleh bercakap apa sahaja termasuk mahu melihat saya dan suami bercerai atau tidak. Apa-apa pun keputusan hanya di tangan saya,” katanya.

Sebelum ini Bella mendedahkan kecurangan Aliff Aziz dengan pelakon janda anak satu,  Octavia Manrose ketika mereka  sama-sama menjalani penggambaran drama bersiri Dosa Itu Miliknya.

Aliff juga pernah didakwa cvrang dengan adik pelakon Anzalna Nasir iaitu Afifah Nasir.

Ketika ini pasangan i Bella dan  Aliff tidak lagi tinggal sebumbung namun masih berhubung demi anak.

Bella dan Aliff bernikah pada 9 September 2016 dan mempunyai seorang  anak lelaki bernama Mohamad Ayden Adrean yang berumur setahun sembilan bulan. – MHE TV

“Saya Sudah Solat Isstikharah” – Bella Astillah.. Akhirnya Setelah Dua Bulan Tanpa Berita

“Perkara yang terjadi ini memerlukan masa. Saya tak boleh nak fikirkan diri sendiri sahaja sebab kami pun masih mempunyai anak yang masih kecil.

“Saya perlukan masa untuk menentukan ke mana arah rumah tangga kami. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung.

“Lagipun dalam keturunan keluarga saya, belum ada lagi yang pernah melalui episod bercer4i. Jadi, kalau boleh saya nak kekalkan benda tu,” kata Bella kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Forever thankful for the endless rezeki. Bersyukur selalu. Your wound is probably not your fault, but your healing is your responsibility 😘

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Bella ditemui di acara Char-Tea in love with Farah Nabilah @ friends di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

Sebelum ini, Bella mendedahkan tentang kecur4ngan suaminya Aliff Aziz yang didakwa mempunyai hubungan dengan pelakon Oktovia Manrose yang berusia 28 tahun pada penghujung Februari lalu.

Ia bukan kali pertama Aliff Aziz bersikap sedemikian kerana sebelum ini dia pernah keluar bersama pelakon Afifah Nasir sehingga menjadi kntroversi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

‎Patience is beautiful. May اللّٰه s.w.t make our future better than our past ☺️ Salam jumaat ✨ . . @sugarscarf #JanganBandel 😂

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MHE TV