Tasik Michigan Yang Membeku Mulai Memec4h Menjadi Keping-keping Ais Yang Sangat Indah.

Fenomena ‘polar vortex’ telah mengakibatkan Tasik Michigan di Amerika Syarikat membeku pada keseluruhan musim sejuk yang lalu. Sebagai contoh di Chicago, Illinois, suhu takat beku mencecah -30°celsius telah menyebabkan pembentukan Tasik Michigan yang membeku dengan sepenuhnya.

Gunner’s Pixs

Kini dengan peralihan musim bunga yang sedang kunjung tiba di kawasan tersebut, cuaca menjadi lebih hangat dan tasik yang membeku mulai mencair secara beransur-ansur.

Kepingan ais di permukaan tasik mulai memecah dan ditolak oleh arus air tasik mewujudkan tindanan jutaan kepingan ais yang memukau pandangan semua seolah-olah mereka berada di alam mimpi.

Air tasik yang bergerak di bawah ais yang mulai menipis dan meretak telah menolak kepingan ini ke permukaan lalu memecahkannya menjadi pelbagai rupa bentuk kepingan ais yang menakjubkan.

Pemandangan di dermaga South Haven ini telah dirakamkan oleh orang ramai yang tidak mahu terlepas peluang menyaksikan fenomena alam semula jadi ciptaan Tuhan yang indah sedang berlaku.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai supaya hanya melihat fenomena tasik beku dengan jutaan kepingan ais ini dari jauh, disebabkan keadaannya yang kini tidak stabil dan amat berb4haya bagi sesiapa yang mahu berjalan di atasnya.

Jurucakap US Coast Guard BMC, Grant Heffner berkata, “Tiada ais yang dikatakan ais selamat. Ais di kawasan ini sedang menyusut dan memecah.”

Ini bukan pertama kali fenomena alam yang menakjubkan berlaku di Tasik Michigan. Ia telah lama menjadi lokasi pilihan para jurugambar yang gemar merakamkan foto fenomena alam semula jadi.

Gunner’s Pixs

Tasik Michigan merupakan salah satu dari rangkaian Tasik Besar Amerika Utara dan hanya tasik ini sahaja yang berada di Amerika Syarikat.

Marit & Toomas Hinnosaar

Tasik Michigan merupakan tasik kedua terbesar dalam rangkaian Tasik Besar Amerika Utara selepas Tasik Superior dan diikuti Tasik Huron di Kanada.

Konstantin Papushin

Penduduk terawal yang menduduki sekitar Tasik Michigan ialah puak Indian Hopewell sekitar 800 SM, dan selepas itu, ia menjadi penempatan puak Indian Late Woodland selama ratusan tahun.

Gunner’s Pixs

Kini, di sekitar pesisir Tasik Michigan, terdapat dua metropolitan iaitu Chicago dan Milwaukee yang didiami oleh kira-kira 12 juta orang penduduk.

Kate Ter Haar

Pemandangan indah ciptaan Tuhan yang amat menakjubkan.

Sumber : Bored Panda