Tahniah! Mustapha Kamal Terima Anugerah Dari Sultan Kelantan, Raih Gelaran Datuk Paduka

Sering kali kita mendegar ‘kekuatan sorang suami itu bergantung kepada si isteri’.

Begitulah yang dirasakan pelakon senior Mustapha Kamal apabila dianugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) membawa gelaran Datuk Paduka pada Selasa. 

Malah, pelakon itu menyifatkan bahawa sumber kekuatannya berlandaskan sokongan dan dorongan daripada isteri tercinta.

“Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan dorongan dan dokongan seorang isteri. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan dijiwa suami adalah kerana isteri.

“Peranan isteri paling penting utk kejayaan suami dan keluarga … berkat kesabaran dan kesungguhan usaha , In sya Allah … dia maha penyayang .

“Abg Mus sedang mencari kejayaan itu dunia akhirat.

“PERMUDAHKANLAH YA ALLAH

JANGAN PERSULITKAN

SUDAHI DENGAN KEBAIKAN. aamiinn,” tulisnya.

 

“Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi.

“Patik dan seluruh rakyat jelata mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuanku dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta bahagia dunia dan akhirat,” kongsinya menerusi Facebook miliknya. 

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti, Sabri Yunus turut teruja dengan penganugerahan tersebut. 

Malah, netizen turut memberikan respon yang pelbagai terhadap posting yang dikongsikan.

Difahamkan, penganugerahan tersebut adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. 

Foto : Facebook Mustapha Kamal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: MH via LepatPisang