[VIDEO] Tahniah! Kak Limah & Mr. K Selamat Diijabkabul?

Sebut saja Kak Limah, korang mesti terbayang watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid kan?

Watak Kak Limah yang dilakonkan oleh pelakon veteran, Delimawati memang menghiburkan dan menjadi kegemaran semua lapisan umur.

Sekian lama hidup berseorangan, hari ini Delimawati selamat dinikahkan dengan seorang jejaka yang diberi nama, Mr K!

Majlis pernikahan dilangsungkan secara tertutup bagai menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Menurut Kak Limah, dia tidak menolak untuk membuat majlis resepsi selepas ini, dimana ia khas buat peminat dan kenalan rapat.

Wah bertuah Kak Limah dapat bakal suami yang kacak dan Kak Limah pun masih cun melecun walaupun sudah berusia 50-an kan!

Gambar Majlis Berinai:

VIDEO:

Walaubagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan samada video ini benar-benar majlis nikah Delimawati atau klip video dari filem lakonan beliau. Beberapa hari yang lalu telah heboh Kak Limah bertunang dengan Mr. K dan akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 9 Ogos 2018.

Jika benar, SL ingin ucapkan semoga Delimawati & suami berbahagia hingga ke anak cucu!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak