Tahniah! Isteri Hafiz Suip Hamil Anak Kedua

Isteri kepada penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jasreel Abdullah mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Berita gembira itu dikongsi Nureffy atau lebih dikenali dengan panggilan Effy menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut Effy, usia kehamilannya kini mencecah 13 minggu.

“150919, surprise guys! #13weekspregnant” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Terdahulu, Hafiz dan Effy telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Riyadh Zafri pada 31 Disember 2017.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak