” Jujurnya Saya Tidak Mahu Sam Diet… ” – Syatilla Lebih Memilih Shaheizy Sam Yang Berisi

Susuk tubuh sasa Shaheizy Sam ketika menerajui filem aksi mungkin menjadi dambaan ramai, namun isterinya, Syatilla Melvin, mempunyai pandangan berbeza.

Syatilla yang juga seorang pelakon lebih menyenangi bentuk badan Sam yang berisi kerana aktor itu tidak perlu melakukan rutin senaman dan diet ket4t.

“Jujurnya, saya tidak mahu Sam diet kerana bentuk tubuhnya ketika ini adalah dirinya yang sebenar. Mungkin ramai yang tidak tahu, Sam suka makan dan amat berselera apabila menikmati sesuatu hidangan.

“Jadi, apabila dirinya perlu memulakan diet, saya rasa dia tidak menjadi diri sendiri kerana terpaksa mengawal selera makan. Namun, kegigihannya untuk mendapatkan susuk tubuh bersesuaian demi menjayakan karakter bukanlah perkara baharu.

“Sekiranya kami keluar makan, Sam hanya akan melihat saya makan kerana dia sudah mempunyai perancangan pemakanan yang ditetapkan. Justeru, kalau boleh saya tidak mahu dia mula berdiet, seperti yang dimuat naik di Instagram. Namun, sebagai isteri, seharusnya saya sentiasa menyokong semua keputusan suami,” katanya 

Syatilla berkata demikian ketika mengulas mengenai komen ditinggalkannya di laman sosial suaminya itu, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Sam menyatakan sudah sampai masanya dia menjaga pemakanan kerana badannya yang berisi. Namun, Syatilla meminta bintang Polis Evo itu agak tidak berbuat begitu. Komen terbabit dengan pantas mendapat pelbagai maklum balas warganet.

 
PERKONGSIAN Sam di Instagram beliau mengenai keinginannya untuk kembali mengamalkan diet turut mendapat perhatian isterinya, Syatilla Melvin.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, dan Shaheizy Sam, 36, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy yang dilahirkan pada 17 April lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saya, Sazaly Sam dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin pada semua. Lambat eh? 🙄 🤦🏻‍♂️ @samtilla @syerivsamheizy @sarima_samheizy

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on

Pelakon kelahiran Parit Buntar, Perak, yang popular menerusi drama Sha & Shah dan Kerna Syurga Bukan Percuma itu juga turut terhibur membaca komen ditinggalkan peminat rentetan maklum balas diberikan terhadap kapsyen ditulis suaminya.

“Ada yang mengatakan saya tidak mahu Sam kembali bertubuh sasa kerana takut mendapat anak ketiga pula. Bukan ketiga sahaja, mungkin sehingga empat pula nanti.

“Alhamdulillah… Syeriv dan Sarima masing-masing membesar dengan baik. Syeriv seorang abang yang penyayang dan sering menjaga adiknya walaupun caranya sedikit kas4r,” kata Syatilla.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BHonline