” Kami Lebih Terbuka Dalam Hubungan..” – Sweet Qismina, Adam Lee Sudah Bersedia

Tidak jelak biarpun acap kali diajukan persoalan membabitkan hal peribadi, pelakon, Sweet Qismina, mengaku sudah bersedia apabila membuat keputusan untuk bersikap terbuka dalam membicarakan soal hati.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 22, berkata peminat dan orang ramai berhak untuk bertanya mengenai kisah cintanya dengan Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Adam Lee.

Tambahnya, jika masing-masing berasakan terlalu banyak cerita peribadi dijaja, mereka akan mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri.

“Apabila saya dan Adam bersikap terbuka mengenai hubungan kami, tidak pula timbul rasa bosan apabila ramai yang bertanyakan mengenai hal itu. Begitupun, ada masanya saya tetap berharap pihak di luar sana akan lebih banyak memperkatakan mengenai kerjaya, berbanding kisah cinta.

“Bukan apa, kami berdua mempunyai kerjaya seni masing-masing, jadi lebih baik fokus diberikan ke arah itu. Namun, tidak bermakna saya jemu atau bosan menjawab mengenai kisah cinta. Cuma, kami tidak mahu ada pihak lain pula yang bosan jika saya dan Adam asyik bercakap mengenai percintaan,” katanya

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah, Congrats ❤️ @abpbh_32 @adamleenizers @sweetqisminizers

A post shared by 🌸 فرهنا قيسمينا سوڤندي 🌸 (@sweetqismina) on

Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Hikayat Putera Shazlan itu berkata, dia bersyukur peminat menerima hubungannya dengan Adam, terutama selepas mereka bergandingan dalam Adam Chempaka.

Sweet yang juga pemenang Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 3.0 mengakui, kekasihnya seorang yang fokus pada kerja, malah dia sendiri memberikan keutamaan terhadap pembelajaran selain bidang seni.

Di samping berlakon dan mengacara, Sweet juga membahagikan masanya melunaskan pengajian Diploma Asas Seni yang masih berbaki tiga semester.

“Sukar untuk saya gambarkan betapa serabut jadual hidup, sekarang, apatah lagi saya perlu membuat kajian dan kempen untuk acara pada semester ini. Dua subjek itu sangat berat, jadi saya tidak boleh berlengah kerana enggan membebankan diri pada masa akan datang.

“Dalam pada itu, saya juga masih menerima tawaran menjalani penggambaran drama.

“Ibu dan mereka yang berada di sekeliling banyak memberikan motivasi serta kekuatan untuk saya terus belajar. Saya akan membuktikan, saya mampu dan berusaha untuk mengejar impian, bukan melakukan sesuatu perkara separuh jalan,” kata Sweet yang akan muncul dengan filem Pusaka, tidak lama lagi.

Selain dirinya, filem terbabit turut membariskan pelakon seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BHonline