Subjek Pendidikan Islam Mungkin Akan diteliti semula

1. Pertemuan aku dengan Yb Menteri Pendidikan akhir tahun lepas ada kami berbincang tentang hal ini.

2. Antara isi utama perbincangan kami ialah kenapa pendidikan di negara kita tidak mengubah sikap? Itu persoalan yang aku timbulkan dan kami berdiskusi dengan ser1us hal ini.

3. Mengambil contoh negara Jepun yang rakyatnya sangat menjaga kebersihan, sangat bersopan, sangat beradab dan sangat bertanggungjawab. Padahal mereka tidak punya agama. (majoritinya)

4. Di sini diskusi serius berlangsung bila timbulnya persoalan,

“Apakah subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang dipelajari rakyat Malaysia selama 11 tahun gagal mengubah sikap?

Apakah murid hanya belajar untuk lulus bukan untuk diamalkan serta dijadikan budaya?

Di mana silapnya sedangkan Islam itu syumul dan menyeluruh ajarannya?”

5. Islam sangat mementingkan kebersihan, adab, tanggungjawab, menolak budaya rasu4h, mengump4t, mengej1, meng4ibkan, dan sebagainya. Tapi realitinya, Pendidikan Islam yang diajar di sekolah selama 11 tahun gagal mengubah sikap rakyat.

6. Rasuah masih banyak, kebersihan pula tak payah cerita. Sepanjang highway di bulan Ramadan pun penuh dengan sampah sarap yang ditinggalkan oleh Muslim yang berbuka puasa. Masa bulan Ramadan pun penerapan nilai Islam gagal dihayati oleh rakyat kita.

7. Belum bercerita soal maksiat, soal sumbang mahram, soal s3ks murid seawal sekolah rendah, s3ks dah mula menjadi perkara biasa di sekolah menengah dan ipt, pembu4ngan bayi dan pelbagai gej4la sos1al lagi.

8. Di sini kami bincang keperluan ‘membed4h’ semula subjek Pendidikan Islam agar ia menjadi pelajaran yang mendidik sikap. Bukan hanya subjek yang perlu lulus sahaja.

Pendidikan sepatutnya mengubah sikap dan menjadi budaya. Itu yang sama-sama kami setuju.

9. Maka dari sini perbincangan mengenai buku teks dan silibus Pendidikan Islam (secara asas) dibincangkan.

Apakah silibus itu sesuai?

Kenapa silibus tidak mampu mengubah sikap?

Salah silibus atau salah yang mengajar?

10. Aku membawa suara beberapa orang ustaz dan ustazah yang mengeluh silibus murid tahun 1 Pendidikan Islam tidak sesuai. Kerana sejak dari muka surat pertama lagi semuanya dalam tulisan Jawi.

Murid yang tak pernah kenal a, b, c pun ramai lagi. Inikan pula huruf jawi. Memang ramai murid tahun 1 tidak mampu membaca jawi.

11. Buku teks pula tidak menjadi rujukan murid di rumah. Ianya sekadar satu bebanan yang perlu dibawa ke sekolah dan diselak helai demi helai bila ustaz/ustazah mengajar tanpa mereka fahami kandungan yang tertulis.

12. Di sini sangat merugikan. Buku sepatutnya menjadi rujukan dan bahan bacaan. Bukan sebagai hiasan. Jauh sekali sebagai beban yang hanya memberatkan beg sekolah sahaja.

13. Kami berbincang apa perlunya buku teks Pendidikan Islam disemak semula. Kami juga berbincang apa perlu buku teks Pendidikan Islam ditukar dalam Bahasa Melayu sahaja agar menjadi rujukan di rumah dan menjadi bahan bacaan para pelajar.

Umum tahu, penguasaan murid dalam Bahasa Melayu lebih baik dari tulisan Rumi.

14. Cadangan ini bukan hendak menidakkan tulisan Jawi sebagai jati diri, cuma untuk memastikan buku teks tidak lagi menjadi sekadar bebanan. Tulisan Jawi perlu diperkasakan dengan cara yang lain.

15. Pendidikan Islam sepatutnya mendidik sikap, maka bukunya perlu mudah dibaca, lebih menarik, pelbagaikan grafik agar tidak membosankan dan penuh aktiviti yang menghiburkan. Agar ia mampu menarik minat pelajar untuk membaca, menghayati seterusnya amalan Islam menjadi budaya hidup seharian.

16. Kami juga berbincang buku teks tidak sepatutnya hanya berkisar tentang rukun Iman dan rukun Islam untuk dihayati sahaja. Bahkan muamalat, hubungan sesama manusia, nilai amanah dan kejujuran, kebersihan dan sebagainya sepertimana yang dianjurkan dalam Islam.

17. Antara cadangan supaya ia menjadi budaya, pembelajaran Pendidikan Islam juga dicadangkan perlu banyak di dunia nyata. Bukan di dalam kelas semata-mata.

18. Contohnya bila bab kebersihan, bawa murid ke sekeliling sekolah untuk mengutip sampah sambil menerangkan betapa pentingnya kebersihan dalam Islam.

Bawa pula ke tandas dan ajar cara mereka membersihkan hadas dengan betul agar tidak terkena pakaian supaya pakaian boleh dibawa solat.

19. Bab kejujuran boleh diamalikan dengan jual beli dikantin. Bab amanah boleh dikaitkan dengan sikap murid suka meminjam pemadam dan pensel kawan tapi tak pulangkan, tentang keindahan bumi ciptaan Tuhan dan pelbagai aktiviti menarik lagi.

20. Kami berbincang dengan serius hal ini agar Pendidikan Islam tidak lagi menjadi subjek yang diajar di sekolah sahaja. Ia sepatutnya menjadi budaya hidup kita.

21. Kesimpulannya, kami berbincang dan sama-sama bersetuju bahawa sistem pendidikan negara sangat penting bagi generasi akan datang menjadi lebih baik dan gemilang. Maka kajian cermat perlu dilakukan untuk mengubah apa yang dirasakan salah dan tidak kena.

Begitulah.

#MFS
– Sepetang bersama Yb menteri –

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:  Mohd Fadli Salleh

 

Be the first to comment on "Subjek Pendidikan Islam Mungkin Akan diteliti semula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*