“Belajar agama bukan untuk menunjuk-nunjuk” – Status Dr Che Hafiz sindir Lufya?

SUAMI pelakon Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum seolah-olah menyindir isterinya yang sering ke kelas agama agar tidak hanya berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Hafiz berkata, seseorang itu seharusnya mempelajari ilmu agama untuk menjadi lebih baik, bukannya menutup keburvkan yang ada dalam diri.

“Belajar agama itu bagi tujuan berdakwah di samping mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan.

“Bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan menutup siapa diri kita sebenar.

“Yang penting, keikhlasan hati dan niat itu kena betul,” ujarnya.

Lufya berkongsi video ketika bertemu ustaz Ebit Lew.

Hafiz memuat naik status berkenaan menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Lebih menguatkan d4kwaan itu apabila Lufya baru-baru ini ada memuat naik sebuah video di Instagram miliknya memaparkan dia berjumpa dengan seorang pendakwah bebas terkenal, ustaz Ebit Lew.

Selain itu, menerusi Insta story Lufya pula ada berkongsi beberapa tip berkenaan masalah rumah tangga selepas beberapa peminatnya mengajukan soalan kepada aktres berkenaan.

Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian netizen apabila Lufya mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga di laman Instagram.

Antara posting dimuat naik Hafiz.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar juga mend4kwa suaminya itu telah melakukan pengani4yaan terhadap dirinya.

Perkongsian itu dibuat Lufya berikutan sudah tidak mampu menahan perasaan kecewa terhadap suami yang mengabaikan haknya sebagai seorang isteri selepas tiga bulan berkahwin.

Sementara itu, Hafiz sebelum ini mendedahkan dia sudah mencer4ikan isterinya itu menerusi aplikasi Whatsapp atas permintaan Lufya sendiri.

Bagaimanapun, din4fikan Lufya yang mendakwa dia tidak menerima sebarang mesej lafaz cer4i dari suaminya itu.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar