“Naim Daniel Saya Nak Jadi Awaklah Boleh?” – Siti Nurhaliza Buat Naim Daniel Jadi Tak Keruan!

Penyanyi dan pelakon muda Naim Daniel meluahkan rasa terharu apabila mendapat pujian daripada mustika hati negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Perkara itu disiarkan menerusi sesi soal jawab bersama Siti di sebuah saluran radio tempatan baru-baru ini.

Dalam sesi soal jawab itu, Siti memilih Naim ketika ditanya siapakah penyanyi lelaki muda pilihan beliau seandainya bertukar tempat pada masa sekarang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kereta dia sakit, kita repair. Hati kita sakit siapa nak repair?

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

“Tuhan tahu betapa terharu/sedih/gembiranya saya untuk dapat recognition sebegini rupa daripada penyanyi nombor satu Malaysia, buah hati negara, kesayangan ramai, suduh cukup bermakna buat saya.

“Orang ramai masih bertanya “Siapa budak ni?” “Ini ke artis baru yang Malaysia ada?” “Budak ni tak layak jadi penyanyi” dan sebagainya.

“Tak perlu trofi banyak-banyak, saya tahu masih kecil dan mentahnya saya dalam industri muzik ini, nama-nama yang disebut juga bukan calang-calang.

“Tercicir saya nak kejar seorang demi seorang but whatever it is, never ever stop believing in your dreams.

“Dengan ini saya nak cakap, lantak pi netizen nak kata apa tentang saya, nak caci maki ke apa silakan, asalkan Dato Seri Siti Nurhaliza suka, dah cukup ! Terima kasih Dato, semoga dipeluk cinta Allah sentiasa.” tulis Naim menerusi sebuah entri di Instagramnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Naim Daniel saya nak jadi awak boleh?” – DATO’ SERI SITI NURHALIZA @ctdk 🔥 Tuhan tahu betapa terharu/sedih/gembiranya saya untuk dapat recognition sebegini rupa daripada penyanyi nombor 1 Malaysia, buah hati negara, kesayangan ramai, suduh cukup bermakna buat saya. Orang ramai masih bertanya “Siapa budak ni?” “Ini ke artis baru yang Malaysia ada?” “Budak ni tak layak jadi penyanyi.” Dan sebagainya. Tak perlu trofi banyak-banyak, saya tahu masih kecil dan mentahnya saya dalam industri muzik ini, nama-nama yang disebut juga bukan calang-calang. Tercicir saya nak kejar seorang demi seorang but whatever it is, never ever stop believing in your dreams. Dengan ini saya nak cakap, lantak pi netizen nak kata apa tentang saya, nak caci maki ke apa silakan, asalkan Dato Seri Siti Nurhaliza suka, dah cukup ! Terima kasih Dato, semoga dipeluk cinta Allah sentiasa.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Dalam jawapan Siti, relevannya memilih Naim kerana minat yang sama menyanyikan lagu penyanyi lain selain daripada lagu sendiri.

Pilihan Siti itu mengenepikan calon penyanyi lelaki muda lain iaitu Aiman Tino, Haqiem Rusli, As’ad Motawh dan Ismail Izzani.

Perkongsiannya mendapat reaksi positif dalam kalangan peminat dan rakan selebriti termasuk Ernie Zakri.

“Recognitions yang berharga, tolak tepi semua anugerah di Malaysia. Alhamdulillah. Congratulations to you, you’re doing so great,” tulis Ernie.

Naim yang muncul dengan single terbaharu Sumpah sering memuat naik rakaman nyanyian semula lagu-lagu artis popular tempatan dan antarabangsa termasuk lagu Siti sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I’ve been waiting for this moment to come. Thank you @meletop for having me tonight. Sumpah you guys are awesome. #sumpahnaim

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

SUMBER: Instagram @naimdanielx

 

Be the first to comment on "“Naim Daniel Saya Nak Jadi Awaklah Boleh?” – Siti Nurhaliza Buat Naim Daniel Jadi Tak Keruan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*