“Belakang Sis Beranilah!”- Sheila Rusly Cabar Jihan Muse.

Jihan kalau bab tiru gaya orang memang power! Dia ada gaya yang tersendiri yang memang kelakar.

Pada satu entri di Instagram Sheila Rusly, dia memuat naik satu video Jihan Muse melakonkan lagak Sheila mengacara program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan.

VIDEO :

“Belakang sis beranilah… Jom kita ketuk sekali, ada berani, Jihan?” cabar Sheila berseloroh.

Sheila Rusly sememangnya sinonim dengan rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan yang sudah masuk 15 tahun siarannya.

“Tak Semua Jasa Akan Dikenang” – Netizen Spekulasi Sheila Rusly P3rli Janna Nick… Eh, Kenapa Ni?

Umum mengetahui hubungan baik yang terjalin antara aktres Janna Nick dengan pelakon, pengacara dan penerbit JS Pictures, Sheila Rusly.

Namun begitu, entri laman Instagram Sheila yang dimuat naik dua hari lalu untuk mempromosikan drama bersiri terbitannya yang dilakonkan oleh Janna, Leftenan Zana mengundang spekulasi netizen.

Menerusi kapsyen entri terbabit, isteri kepada pengarah Azman Yahya ini bercakap mengenai ‘tak semua jasa akan dikenang’.

Biarpun Sheila tidak menyebut sebarang nama, ada pengikut laman Instagram mula mengaitkan Janna dengan kapsyen tersebut.

Seterusnya, Sheila memuat naik entri terbaru sehari selepas posting sebelum ini dan pengacara rancangan Ketuk Ketuk Ramadan itu terkejut kerana mendapat komen dari netizen.

Sekali lagi, netizen mengaitkan Janna dengan perkara terbabit.

Tidak berdiam diri, Sheila menjawab komen mereka dan menjelaskan tiada isu p3rli memerli yang berlaku.

Menerusi pemerhatian di laman Instagram Janna, pelakon itu mempromosikan drama lakonannya seperti biasa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

saksikan betapa payah nya ZANARIAH NAK JADI LEFTENAN ZANA… segalanya bermula 9 malam ni… di @tv3malaysia ! rasa sebak sebab tak sangka keperitan,kepayahan dan kesusahan yang saya lalui dah sampai ke PENGHUJUNG!!! satu pengalaman dan pengajaran yang tak mungkin dapat dijual beli… setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan… production: @realjspictures producer: @sheilarusly_jspictures director: @jinggo_jspictures asst director: @hamdan_yasin conti: @aen_kdin DOP & technical team makeup: @naomilarra wardrobe: @enapakwan casts: @tunkuhanis @redzarosli @hairie_othman @sheilarusly_jspictures @amalinaarham @enapakwan @izzatmushtaq @nazrief_nazri @ameerul_asyraf dan tak lupa pegawai-pegawai yang membantu serta rakan-rakan pegawai kadet saya…. Bismillahirahmanirahimmm…. #LEFTENANZANA #inirealitibukanlakonan #betulbetuljadiaskar

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Namun begitu, di entri terbabit, terdapat beberapa komen netizen yang turut mengundang spekulasi.

Sebelum ini, Janna sering menjayakan drama bersiri terbitan Sheila bersama suami dan ia sering mendapat perhatian penonton.

Antara karya terbitan JS Pictures yang pernah dijayakan oleh Janna ialah Syurga Nur, Kau Aku Kita, Isteri Untuk Diiktiraf dan banyak lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak