“Selepas nikah saya ada ‘cvri’ tengok abah…” – Anak sebak, bapa ‘pelik’ beberapa jam sebelum dirinya jadi isteri orang

MELEPASKAN anak perempuan kesayangan untuk menjadi isteri orang bukanlah satu perkara yang mudah buat setiap bapa.

Begitulah yang berlaku terhadap Adrina Lahuri, 25, yang baru mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Muhammad Ainolaliff Md Said, 26, Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian yang tular di laman Twitter, bapa Adrina, Lahuri Bejo, 53, seolah-olah berat hati untuk melepaskan dirinya.

 

“Abah berat hati tapi dalam masa sama dia nak tengok saya hidup berteman. Malam nikah tu dia tak nangis. Tapi saya tahu dalam sudut hati dia, dia sedih nak lepaskan saya.

“Selepas habis nikah tu saya ada ‘curi’ tengok abah, nampak dia kadang-kadang termenung. Masa sanding ada sesi ucapan, kawan cakap abah menangis masa saya berucap. Depan saya dia happy je,” kata Adrina sewaktu dihubungi mStar pada Isnin.

Tambahnya lagi, dia juga sempat menghantar bapanya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berdekatan kediaman mereka di Batu Pahat, Johor, beberapa jam sebelum akad nikah dilangsungkan.

Pada waktu itu, bapanya menyuruh agar Adrina tidak pulang dan menunggu sehingga dia selesai menunaikan solat.

 

Sebelum ni saya tak pernah rapat dengan abah. Dia askar, sangat berdisiplin orangnya. Saya punya perangai memang kontra dengan dia.

“Ayah minta saya hantar dia ke masjid untuk solat Jumaat. Biasanya saya hantar, saya balik rumah. Lepas dah selesai baru saya pergi ambil.

“Hari tu dia minta saya tunggu sampai habis solat. Abah tak berapa sihat sebenarnya, dulu masa jadi askar dia pernah jatuh dalam hutan. Ia beri kesan, sukar untuk dia berjalan.

“Memang sebak, sebab dialah satu-satunya yang saya ada. 4rwah mak dah men1nggal. Saya pula anak tunggal,” ujar Adrina lagi.

Adrina mencium tangan suaminya, Muhammad Ainolaliff selepas akad nikah.

Menurut auditor di sebuah syarikat swasta di Batu Pahat, Johor itu, dia sebelum ini tidak begitu rapat dengan bapanya.

Namun, segalanya mula berubah setelah kematian ibunya, Rossimah Abdullah pada 22 September 2013 akibat k4nser p4yudara.

“Sebelum ni saya tak pernah rapat dengan abah. Dia askar, sangat berdisiplin orangnya. Saya punya perangai memang kontra dengan dia.

“Pantang berjumpa berg4duh tak sudah. Kadang benda kecil je tapi tak bertegur sampai berhari hari.

“Lepas mak men1nggal, tipulah kalau cakap tak janggal duduk berdua dengan abah. Tapi lepas mak meninggal tu, orang kata hikmah kan… saya jadi rapat dengan abah,” kata Adrina lagi.

Paparan skrin perkongsian Adrina yang tular di Twitter.

Dalam pada itu, posting Adrina di laman Twitter menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet).

Malah, rata-rata netizen turut meninggalkan komen berhubung perkongsian itu.

“I peluk my mom tak nangis lepas nikah. Peluk ayah merambu air mata. Teresak-esak menangis. Nampak rupanya lepas nikah dua bulan baru jumpa ayah. Minggu depan balik KL. Rindu ayah,” tu.lis @suzumiya0502.

“Kita malam tu nak nikah, petang tu sempat abah suruh pergi servis kereta lagi eh. Macam nak guna kereta tu hantar jauh je padahal nikah kat rumah je pun. Kekadang, abah-abah ni saje je kan sebab lepas ni dia tahu dah tak boleh nak arah arah macam dulu lagi,” tulis @eyrxxh pula.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar