Kantoi Makcik Peminta Sedekah Ini Bila Lelaki Ini Rakam Video Makcik Ini Tengah Berjudi Ketika Minta Sedekah

Nak cari duit bukan satu perkara yang mudah terutama bila mencari dalam bentuk yang halal. Kalau dalam cara haram nampak macam mudah kan tetapi rezeki yang kita dapat sudah semestinya tidak halal dan berkat. 

Keadaan ekonomi yang mencengkam pada masa kini membuatkan ramai antara kita mencari alternatif tambahan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ada yang sanggup buat dua, tiga kerja dalam sehari dan tak kurang juga ada yang nak short-cut dengan mengemis dan meminta sedekah. Mungkin kekangan tenaga dan masa yang memaksa seseorang tu menggunakan jalan mudah ni.

Kisah sedekah ini ditularkan oleh seorang lelaki bernama  @poiasd95 di laman Twitter beliau sendiri. Video berdurasi 13 saat ni menunjukkan seorang makcik yang meminta sedekah di kawasan meniaga di Ipoh. Apa yang menarik perhatian ialah, makcik ni sempat lagi main game judi time minta sedekah tu.

Video Yang Menjadi Tular

Video Terlalu Pendek Dan Kabur Untuk Kata Makcik Ini Berjudi

Ada netizen yang mengatakan munkin itu bukan permainan judi kerana video tersebut tidak jelas dan terlalu pendek. Lepas tengok video ni, netizen pun apa lagi, macam biasalah respon macam-macam. Tapi kebanyakkan yang admin perasan tu semua husnuzon je. Takpe, bagus gak tu, sebarkan kebaikkan.

Mungkin ads je kan. Tapi kita tak tahu apa sebenarnya yang makcik tu main. Kalau kena jackpot tu tak datang dah sebulan. Bulan depan baru repeat. Power betul makcik ni multi task. Memang level lain punya. Duit dapat dari dua channel berbeza.

Admin setuju! Tepat sekali. Kita sedekah je macam biasa. Yang selebihnya tu dia nak berbelanja ke arah mana pun terpulang. Itu urusan dia dengan Tuhan. Harap-harap makcik ni main game tu sekadar nak hilangkan bosan je. Janganlah buat benda bukan-bukan macam tu. Malu kat orang.

TUKANG RAKAM TAMPIL

Dia kata memang benar makcik ini berjudi dan telah ditegur pada malam yang sama video itu dimuat naik.

Sumber : poiasd95

Kredit : Lobak Merah