“Mujur Walid Berniaga Sendiri, Boleh Bawak Ainul…” – Sedekah Barangan Runcit Untuk Orang Ramai, Bapa Ainul Niat Kongsi Rezeki

Ahmad Safiuddin, bapa kepada adik Ainul Mardhiah telah melakukan sumbangan amal dengan memberi bantuan barangan runcit kepada orang ramai di kedai runcit miliknya secara percuma. 

Assalamualaikum dan salam Jumaat

Pelanggan yang dikasihi, sempena hari jumaat yang mulia ini, Asar Halmart akan memberikan Tepung Gandum dan Gula secara percuma. Setiap pelanggan berhak mendapatkan 2kg gula dan 2kg tepung gandum bermula hari ini sehingga stok habis.

Begitu juga dengan golongan yang tidak berkemampuan, anda boleh datang ke Outlet kami dan ambil 2kg Tepung Gandum dan 2kg Gula di Outlet kami

Semoga dengan bantuan ini dapat serba sedikit meringankan beban anda semua.

Doakan anak kami Ainul Mardhiah Binti Ahmad Safiuddin supaya diberi kesembuhan dan kesihatan.

Terima kasih

Alamat :

No. 14, Jalan Desa Molek 11,
Taman Desa Molek,
75460 Melaka

*Sederet Dobi, Kedai Motor, Gym di Taman Desa Molek
*Berdekatan Petronas dan Klinik Kesihatan Ayer Molek

Waktu operasi : 9am-9pm

 

Dia sendiri telah berkongsi perkara tersebut di laman facebooknya sendiri dan perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 

Alhamdulillah, moga Allah permudahkan urusan Ainul Mardhiah…

Ya Allah besarnya hati ibu bapa Ainul…

Alhamdulillah,,,rezeki dikongsi bersama..

Sebelum ini, Ahmad Safiuddin ada memaklumkan bahawa adik Ainul sedang menunggu respon daripada pakar di United Kingdom untuk membuang ketumbuh4n di bahagian mulut anaknya. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Ramai yang bertanya apa respon dari UK?
Sehingga saat ini, belum dapat apa-apa feedback dari sana. Cuma semalam Dr yang menguruskannya di Malaysia beritahu, mereka sedang berbincang.
Doakan semoga ada rezeki Ainul untuk dirawat. Doakan juga untuk Dr-Dr yang prihatin ini dipermudahkan segala urusan. Dr-Dr ini berusaha sehabis baik untuk dapatkan second opinion di luar negara. 
Jika tidak keberatan, sedekahkan Al Fatihah buat insan-insan hebat ini, siapa tahu Allah swt akan bukakan jalan untuk mereka mencari solusi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin