Sebaik Penyanyi Sebut ‘Kenangan Peneman’, Ada Kelibat Melintas?

Semalam telah berlangsungnya rancangan temubual sensasi MeleTOP bersama hos tetapnya iaitu Nabil Ahmad. Malam tadi Nabil telah bergandingan dengan Hani Fadzil kerana Neelofa kini berada di London untuk bertemu adiknya, Athisha Khan di sana. Terdapat beberapa artis turut dijemput ke set itu untuk membuat promosi filem, lagu, dan pencalonan Anugerah MeleTOP Era (AME).

Namun, ada sesuatu yang menarik perhatian ramai sewaktu hos menemubual penyanyi baru Hashmitha Selvam bersama penulis lagu iaitu Iman Imran untuk membuat penjelasan mengenai mistik suara dalam klip video lagu terbarunya, Takkan Kembali.

Sebaik Hashmitha dan Iman memberitahu akan kewujudan suara mistik yang menjadi viral itu, secara tiba-tiba terdapat kelibat yang melintasi di hadapan kamera sewaktu rancangan tersebut sedang live di kaca televisyen.

Minit ke 2:14..kelibat melintas di hadapan kamera

Perkara itu turut disedari dan diakui oleh para netizen yang menontonnya di rumah lalu meninggaIkan komen mereka menerusi ruangan entri itu.

Korang perasan tak masa dia sebut…ada kelibat lalu

Adakah gimik atau tetibe ada makhluk lain ni..fuhhh seram

Aku tak tahu la aku sorang je yg perasan..ada orang lalu depan kamera

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : IG MeleTOP Youtube MeleTOP / @Viral Kami