“Saya rasa dia boleh sembuh…” – Suami terkilan baju raya ditempah untuk isteri hanya tinggal kenangan

Ayie di sisi pusara isterinya, Nurul Nadia Tumin yang meningg4l akib4t j4ngkitan kum4n pada paru-paru, Ahad lalu.

SEHELAI baju kurung untuk dipakai di pagi raya sudah ditempah khusus buat isterinya, namun siapa sangka Allah lebih menyayangi wanita kesayangannya itu.

Begitulah yang berlaku terhadap Muhamad Fakri Fa’e, apabila isterinya Nurul Nadia Tumin, 28, meningg4l dun1a ak1bat j4ngkitan kum4n pada paru-paru, Ahad lalu.

Biarpun sedih untuk menerima hakikat itu, lelaki berusia 31 tahun yang mesra disapa Ayie harus tabah demi membesarkan anak perempuannya, Nurul Fatihah yang kini berusia setahun tujuh bulan.

Bercerita kepada mStar, arw4h isterinya mula s4kit sewaktu mengandungkan anak kedua mereka, sekitar Februari lalu.

Selepas disahkan mengh1dap peny4kit buah pinggang, kandungan itu terpaksa diguugurkan pada usia 22 minggu bagi menyelamatkan nyawa isterinya.

Kisah duka Ayie dan arw4h isterinya menarik perhatian ramai apabila ia tular di media sosial.

Macam tak percaya dia tinggalkan saya dan anak. Tak boleh hidup tanpa dia, sukar untuk saya cakap. MUHAMAD FAKRI

“Saya pada mulanya post untuk maklumkan pada kawan-kawan sahaja. Syukur sangat apabila ramai yang doakan dia.

“Apabila ramai yang doa, saya rasa arw4h isteri boleh sembuh. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan dia.

“Saya dah tempah baju raya untuk dia, kain sama untuk baju anak. Dah siap bulan empat hari tu tapi tak ambil sampai sekarang.

“InsyaAllah saya akan pergi ambil nanti, simpan jadi kenangan dengan arw4h,” ujar Ayie sewaktu dihubungi pada Jumaat.

Ayie bersama anak perempuannya, Nurul Fatihah yang kini berusia setahun tujuh bulan.

Mendirikan rumah tangga pada 15 Februari 2016, pasangan itu mula mengenali satu sama lain pada 2009.

Menetap di Kulai, Ayie yang bekerja sebagai pemandu lori ,manakala arw4h isterinya pula bertugas sebagai pembantu butik di Johor Premium Outlet (JPO).

Mengimbas perkongsian hidup dengan isteri tercinta, akui Ayie, dia pasti akan merindui sikap cerewet isterinya.

Ayie bersama arw4h isterinya.

“Paling tak boleh lupa dia punya cerewet. Masuk rumah ada habuk sikit pun tak boleh. Pakaian kena sentiasa kemas. Dia juga seorang yang peramah, banyak cakap. Memang sedih bila dia dah tak ada.

“Kasih sayang saya kepada dia terlalu besar, tak ada yang mampu menggantikan tempat arw4h. Macam tak percaya dia tinggalkan saya dan anak. Tak boleh hidup tanpa dia, sukar untuk saya cakap.

“Saya juga berterima kasih kepada kawan-kawan yang siang malam bagi semangat kat saya, tanpa mereka mungkin saya tidak setabah sekarang,” ujarnya yang sanggup tidak bekerja selama dua bulan demi menjaga arw4h isterinya tempoh hari.

Tambah Ayie lagi, dia juga sukar untuk menggambarkan sambutan hari raya tanpa kehadiran isterinya pada tahun ini.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman Facebook turut meninggalkan komen serta menzahirkan kesedihan di atas pemergian arw4h isteri Ayie.

Malah, mereka turut mengirimkan doa serta memberi kata-kata positif agar Ayie tabah untuk membesarkan anak perempuannya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Mstar