“Tak Sangka Reza Boleh Salahkan Saya… Dia tak bersyukur!” – A. Aida

PENERBIT A. Aida Productions Sdn Bhd, Datuk A. Aida meluahkan rasa kesal terhadap Reza Hasbi yang menuduh syarikat produksinya menjadi punca dia tidak menerima tawaran berlakon.

Menurut A. Aida atau Zaidah Awang, 48, dia menganggap pelakon itu tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan selama selama dua tahun ketika mengikat kontrak bersama syarikat produksinya.

“Saya tak sangka Reza boleh mengeluarkan kenyataan menyalahkan pihak produksi saya menjadi punca dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

“Niat saya ingin membantu tapi dia seakan-akan tidak bersyukur. Sepanjang dia menjadi artis bawah produksi A Aida Productions, saya pernah beri peluang tiga kali untuk dia berlakon dalam karya syarikat saya.

Reza dedah dia tidak mampu membeli keperluan dua orang anaknya.

“Selain itu, jika ada mana-mana drama lain atau telefilem mesti saya akan selitkan dia juga sama ada sebagai pelakon pembantu atau salah seorang pelakon utama,” katanya 

A. Aida diminta mengulas luahan Reza yang berasal kesal dengan sebuah syarikat pihak produksi yang dinaunginya kerana tidak membantu melancarkan perlajanannya dalam bidang lakonan sehingga dia hilang punca pendapatan.

Reza turut mendedahkan dia terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupannya disebabkan tidak menerima tawaran berlakon lebih dua bulan.

Dalam pada itu, A. Aida memberitahu dia pernah menasihati aktor itu untuk berusaha dan mencuba dalam bidang lain seperti perniagaan tetapi Reza tidak berbuat demikian sebaliknya terus mahu terlibat dalam dunia lakonan sepenuh masa.

Justeru ujar A. Aida, dia memutuskan untuk tidak lagi menyambungkan kontrak Reza dengan syarikatnya memandangkan pelakon itu tidak menghargai bantuannya selama ini.

 

Sampaikan stesen TV pun persoalkan kenapa saya kerap ambil pelakon yang sama.

DATUK A. AIDA, PENERBIT A. AIDA PRODUCTIONS

“Saya ambil dia sebagai artis bawah pengurusan produksi saya sebab dia ada bakat dan saya beri peluang dia berlakon dalam beberapa drama saya.

“Sampaikan stesen TV pun persoalkan kenapa saya kerap ambil pelakon yang sama? Tapi mungkin tiada rezeki dia dalam bidang ni.

“Saya pernah nasihat agar dia cuba sesuatu kerja yang ada gaji tetap dan jadikan lakonan ini sebagai hobi sampingan sahaja.

“Sepatutnya kontrak dua tahun dan setahun atas budi bicara tapi bila benda ni jadi, saya tidak mahu sambung kontrak dia,” ujarnya.

Selain luahan kesal terhadap pihak produksi A. Aida, Reza juga terkilan dengan sikap sebuah produksi tempatan yang didakwa tidak melunaskan bayaran berjumlah RM5,000.

Menurut Reza, pelbagai alasan diberikan syarikat berkenaan namun sehingga hari ini tiada bayaran diterima.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : Mstar via BeritaSteady