Resepi Kek Batik Lembut Sedap Mudah dan Simple (Biskut Marie & Milo)

Pasti ada yang bertanya resepi kek batik dan cara nak buat macamana supaya jadi lembut, rangup dan gebu? Kenapa saya buat jadi keras dan mengapa jadi cair tak menjadi walaupun simple? Kenapa perlu letak coklat, milo, biskut marie dan tak boleh ke tanpa telur?

Sebenarnya cara membuatnya sangat mudah kalau anda ikut resepi kek batik mudah yang dikongsikan. Dapatkan bahan-bahan yang disenaraikan dan ikut langkah demi langkah, pasti menjadi dan tentu sedap sehingga menjilat jari.

milo tanpa telur cheese meleleh kukus
Kek batik simple dengan topping coklat siap dimasak dan dipotong dengan mudah. – Facebook

Cara buat kek batik mempunyai berbagai versi dan resepi mengikut selera masing-masing, biasanya biskut marie, coklat atau milo dijadikan bahan utama. Ada juga menggunakan Nestum, biskut Oreo, biskut-biskut lain dan bermacam lagi mengikut kreativiti mereka sendiri.

Seorang pengguna laman sosial Facebook berkongsi step by step cara-cara buat kek batik lembut guna biskut marie dengan mudah. Anda pasti boleh buat sendiri di rumah kerana cara-caranya tak susah mana pun dan yang paling best sedap sangat kek coklat ni.

Resepi Kek Batik Simple dan Sedap

Kek batik milo ini dibuat mengikut kreativiti pemilik resepi ini yang mana beliau menyatakan guna topping dengan Choc Ganache dan paling sedap sehingga terasa coklatnya.

resepi kek batik sukatan cawan
Guna cheese, butter atau planta kalau dibuat kek ni akan menjadi juga. – Facebook

Bahan-bahan A

  • 2 pek biskut marie (300g)
  • 250 gram buttercup (marjerin atau cheese)
  • 1 tin susu pekat
  • 1 cawan air masak
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 14 sudu besar milo
  • Telur 2 biji

Bahan B (Topping/ Choc Ganache)

  • 1 cawan Whipping Cream Anchor UHT
  • 100 gram Chocolate compound
  • 100 gram Dark Chocolate
  • 1 sudu besar butter
biskut marie resepi
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek coklat yang popular ini. – Facebook

Cara-cara membuat:

1. Anda perlu cairkan buttercup terlebih dahulu sama ada dalam periuk atau kuali yang panas. Ada juga guna cheese atau marjerin seperti Planta dan dimasak dalam kuali saja. Kemudian apabila butter separa cair. Matikan api, masukkan milo, serbuk koko dan telur. Jika anda ingin buat tanpa telur juga boleh. Kemudian kacau semuanya sehingga sebati.

Apabila semua bahan sudah sebati, hidupkan api semula dan masukkan susu sedikit dan diselang-seli dengan campuran air. Apabila adunan menjadi pekat dan likat serta keluar buih-buih bermakna adunan tersebut sudah masak. Tutupkan api, masukkan biskut marie dan kacau sehingga menjadi sekata.

kek batik tanpa butter
Resepi asal kek batik sedap yang dikongsikan oleh Puan Radin Farisha di Facebook.

2. Tuangkan biskut marie ke dalam loyang berukuran 10 inci, lapik poyang dengan plastik atau guna loyang yang terbuka di bawahnya. Saya lapikkan guna plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri dan kanan supaya ia mudah nak ditarik keluar nanti. Kemudian tekan-tekan adunan biskut itu sehingga menjadi rata dan sejukkan.

Kalau anda rajin, anda boleh susunkan biskut mengikut lapisan demi lapisan iaitu selapis biskut, selapis lagi coklat dan ulang sehingga semua bahan habis. Setiap orang mempunyai idea sendiri dan pembikinan kek batik lembut ini juga mudah sangat dan anda boleh olahkan mengikut resepi sendiri.

3.Sementara adunan tersebut sejuk, anda boleh buat Choc Ganache dengan guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu, kemudian tuang satu sukatan cawan Whipping Cream ke dalam belas lain. Letakkan di atas air yang dipanaskan (kaedah double boiled).

kek coklat resepi mudah paling sedap
Topping boleh dipelbagaikan seperti kek ini yang menggunakan badam. – Facebook

Kacau-kacau sampai rasa suam, masukkan coklat. Kacaukan sehingga cair dan sekata semua choc tersebut. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi. Apabila siap, matikan api, angkat dan sejukkan dalam jangka masa 30 minit.

4. Kemudian tuang ke atas kek batik atau kek coklat itu tadi dan simpan dalam peti ais sekurangnya dalam masa 6 jam untuk dapatkan hasil chocolate yang cantik di atas dan menjadi mudah apabila nak dipotong nanti.

resepi kek butter batik milo
Kek batik lembut ini telah siap sepenuhnya sebelum disejukkan dan disimpan dalam peti ais. – Facebook

Nota:

Topping tu saya guna coklat yang beli di kedai Eco saja, double boiled dengan secawan fresh cream kacau sampai sebati. Akhir sekali baru campur 1 sudu besar butter. Tunggu sampai suam baru curah ke atas kek batik.

Untuk lebih jelas lagi kami juga kongsikan cara membuat kek batik melalui rakaman video yang dikongsikan oleh Puan Marina Zainal yang menunjukkan langkah demi langkah sehingga siap dimasak.

Perkongsian resepi kek batik milo ini adalah antara resepi terbaik yang dipilih untuk dikongsikan buat mereka yang mencari cara untuk membuat kek ini. Semoga apa yang kami kongsikan ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

 

Sumber: Mediamaklumat

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon