Ramai Samakan Aaisyah Dhia Rana Dengan Pelakon Bajrangi Bhaijaan

 

Siapa yang tak kenal dengan si cilik Aaisyah Dhia Rana? 

Aaisyah merupakan puteri sulung kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin.

Malah dengan wajah yang comel serta perwatakan menarik, tidak hairanlah Aaisyah antara kanak-kanak yang mempunyai jumlah pengikut tertinggi di Instagram.

Sehingga kini, Aaisyah mempunyai 1.5 juta pengikut di platform berkenaan.

Namun baru-baru ini, nama Aaisyah telah menjadi perbualan hangat di Twitter apabila ada diantara netizen menyamakan kanak-kanak itu dengan pelakon cilik, Harshaali Malhotra.

Anda boleh lihat tweet terbabit di bawah yang sehingga kini telah dikongsi 13,000 kali.

Pada yang tidak mengenali Harshaali, dia adalah kanak-kanak yang menjadi tunjang utama filem Bajrangi Bhaijaan.

Harshaali memegang watak sebagai kanak-kanak Pakistan bisu yang terpisah daripada keluarganya sebelum ditakdirkan bertemu dengan seorang permuda beragama Hindu lakonan Salman Khan.

Melihat pada reaksi netizen, kebanyakkan mereka bersetuju dengan mirip wajah kedua-dua kanak-kanak terbabit.

Ini antara reaksi mereka

Che Ta telah mendirikan rumah tangga bersama Zain pada 11 Disember 2013 sebelum dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah yang kini berusia empat tahun.

Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan pertamanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak