“Alif tak perlu masuk group kami” – Raihan

BARU-BARU ini bekas vokalis utama Raihan, Nazrey Johani menyatakan rasa bahagia ketika bersama kumpulan nasyid itu.

Malah para peminat Raihan turut tidak terkecuali mengharapkan agar kumpulan berkenaan dapat menerima semula Nazrey bagi mengembalikan kegemilangan mereka.

Bagaimanapun menurut Raihan, mereka mahu ‘teruskan dengan apa yang ada’ tanpa menyentuh mengenai penglibatan semula Nazrey ke dalam Raihan.

“Kami dah biasa dengan up and down, tapi buat masa ini kami teruskan dengan apa yang ada dulu,” kata Che Amran Idris kepada mStar.

Dia mengulas mengenai pengkongsian Nazrey di Facebook yang meminta peminat supaya ‘move on’ dan menerimanya sebagai penyanyi solo.

Raihan pada asalnya dianggotai Nazrey, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Allahyarham Azhari Ahmad.

Bagaimanapun, Nazrey mengundur diri daripada Raihan pada 2006.

VIDEO:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar