Setiap Kali Dengar Cerita Yang Tak Sedap Tentang Rumah Tangga, PU Amin Cepat-cepat Peluuk Anak Isteri

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Adat dalam rumah tangga, sudah tentu ada pasang surutnya. Namun suami, selaku nakhoda dan ketua rumah tangga sewajarnya memimpin isteri dan anak-anak ke arah jalan yang di redai oleh Allah.

Coretan PU Amin  tentang perkahwinan dan rumah tangga ini moga dapat dijadikan panduan kepada golongan suami isteri.

Saya sangat takut bila mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga. Tiap kali ada cerita yang tak sedap didengar tentang rumah tangga, saya cepat cepat peluk anak isteri saya. Tanda syukur Allah anugerahkan mereka untuk saya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah , segala puji bagi Allah Swt , atas hadiah pinjaman ini.. . 7 April adalah hari jadi Aisyah Sofea , Aisyah genap 5 Tahun . 9 April hari ini , hari jadi Abdullah Umar , Umar genap 3 tahun.. . Isteri saya bakal melahirkan adik mereka berdua pada minggu hadapan , sekarang juga sedang menunggu hari untuk adik mereka keluar dari Alam Rahim ke Alam Dunia , juga dalam bulan April . 3 adik beradik ini lahir bulan April inshaallah . Mudah sambut hari jadi , satu kek , satu kali sambut . 🤣.. . Semoga pinjaman Tuhan ini terus membahagiakan . Tiada nikmat di dunia yang menceriakan diri ini kecuali mereka semua hidup dalam keadaan yang baik , sihat dan terus tunduk pada Maha Pencipta.. . Inilah kekuatan . Hari hari berjuang mencari nafkah dan rezeki yang halal buat mereka . Moga Allah permudahkan saya sebagai wakil mencari sumber rezeki yang baik untuk mereka.. . Keluarga kecil kami tak berharta , jauh sekali lebih istimewa dari orang lain . Kami orang biasa biasa , mengambil berkat hidup dari doa doa sahabat dan teman teman semua . Doakan kami . Semoga yang baik baik dari doa itu juga kembali buat kalian.. . Papa sayang korang semua ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Kerana bagi saya kelurga adalah pelengkap ke SYURGA. Jodoh dan pertemuan adalah hadiah dari Allah. Allah pilih jodoh dan ahli keluarga kita.

*Gambar semasa majlis akikah anakanda Adam Corrie.

Anak anak yang menjadi zuriat kita adalah anugerah yang paling istimewa. Rezeki bertambah kerananya. Anak anak pelengkap dunia akhirat.

Saya doakan anda semua bertemu jodoh yang mendamaikan hati dan terus memimpin tangan anda ke SYURGA. Keluarga ini kerajaan kecil yang wajib dipertahankan, pasti ada musuh, pasti ada ujian, pasti ada pasang surut ombak membadai.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hidup kan kasih sayang dalam rumah tangga . Perbaiki Akhlak ketika bersama anak dan isteri . Ingatlah keluarga adalah pinjaman untuk kita mendapat kebahagian . Semoga Allah memelihara kita semua . ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Tiap kali ujian hadir, ucapkan kalimah-kalimah yang menyeru Allah. Kita semua bukan sempurna tapi kita wajib mencari kesempurnaan. Bina perkahwinan kita dengan kasih sayang Allah.

Ingat kalau ada hati nak meninggalkannya, fikir dan ingat saat saat anda mahu memilikinya.

Ujian kita beza beza.

 

Allah sedang mencatur hidup ini dengan apa yang kita sangkakan.

Ya Allah! Peliharalah Kami.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Kashoorga

 

Be the first to comment on "Setiap Kali Dengar Cerita Yang Tak Sedap Tentang Rumah Tangga, PU Amin Cepat-cepat Peluuk Anak Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*