Pesara Ten tera Ini Sanggup Berk0rban Kutip 12 Ribu Batu Sungai Untuk Dirikan Surau, Hasil Nya Sungguh Menakjubkan

Cara berdakwah ini pelbagai dan ia tidak hanya melalui lisan sahaja. Bagi seorang pesara ten tera, beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengajak dan menarik minat orang ramai mendirikan solat lima waktu.

Tidak berkira soal wang ringgit, kudrat dan tenaga, Mejar (B) Mustafa Musa, 58, telah mendirikan sebuah surau unik dengan menggunakan 12 ribu batu sungai yang dikutipnya sendiri.

Surau unik yang dibina menggunakan 12 ribu batu sungai.

Katanya, surau yang didirikan atas tanahnya itu menelan kos sebanyak RM25 ribu, dibina dengan titik peluh sendiri dengan dibantu seorang rakan.

Pemilihan menggunakan batu sungai sebagai dinding surau pula adalah untuk menjadikannya unik selain dapat menarik minat orang ramai singgah menunaikan solat di surau tersebut.

Surau ini dibina Mustafa hasil titik peluh sendiri dengan dibantu seorang rakan.

Ujarnya lagi, surau tersebut diberi nama Surau Batu Sungai Bukit Kachi, sempena batu yang digunakan membina surau tersebut dikutip dari Bukit Kachi, Sintok, Kedah.

Surau yang siap pada April tahun lalu itu mampu memuatkan sekitar 60 jemaah dan kebanyakan yang singgah bersolat merupakan pekebun dan penoreh dari kawasan sekitar. – MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

 

Sumber: mhetv via RB