“Pernah 6 Kali Jatuh Motosikal.” Guru Tak Menyesal Demi Masa Depan Anak Orang Asli.

Menjadi seorang guru bukan saja memerlukan ilmu yang tinggi, tetapi yang paling penting adalah minat yang mendalam untuk mendidik anak-anak dan juga kesabaran yang tinggi.

Bayangkan betapa hari-hari mereka dipenuhi dengan karenah pelbagai jenis perangai murid-murid.

Apatah lagi bagi guru-guru yang bertugas jauh di pedalaman di mana ramai di antara mereka perlu melalui jalan yang sukar untuk ke sekolah.

Redah banjir lumpur ke sekolah

Menerusi satu perkongsian yang tul4r di laman Facebook, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Dala, Gerik, Perak, telah memuat naik beberapa gambarnya meredah banjir lumpur menaiki motosikal dalam perjalanan ke sekolah.

Guru yang dikenali dengan nama Syafeza Sauli itu menunggang motosikal seawal 6.45 pagi menempuhi jalan sejauh 44KM yang berliku demi  mengajar murid di sekolah berkenaan.

Menurut laporan HMetro, rutin itu Syafeza terpaksa lalui sejak ditugaskan mengajar di sekolah berkenaan bermula Februari lalu.

“Memang begitulah rutin dilalui sejak mengajar di sini dan permukaan jalan tidak rata menyebabkan saya tiada pilihan kecuali ke sekolah dengan menunggang motosikal.”

Tidak tahu menunggang motosikal

Menurut Syafeza pada awalnya dia tidak tahu langsung menunggang motosikal, tetapi sejak bertugas di sekolah berkenaan dia mengambil inisiatif tersebut bagi memudahkan rutin hariannya.

“Ikutkan, saya tidak tahu langsung menunggang motosikal, tetapi mengambil inisiatif untuk belajar memandangkan laluan untuk ke sekolah tidak sesuai dilalui kereta melainkan kenderaan pacuan empat roda.”

Laluan sunyi dan pernah tersesat

Tambahnya lagi, laluan ke sekolahnya juga sunyi dan memerlukan dia mengenakan pakaian yang bersesuaian.

“Laluan berkenaan sunyi dan disebabkan itu, saya perlu mengatur perjalanan dengan bertolak awal selain memakai pakaian bersesuaian demi keselamatan diri.

“Pernah saya tersesat dan lebih enam kali terj4tuh motosikal ketika dalam perjalanan ke sekolah walaupun sudah berhati-hati.”

Gembira timba pengalaman

Walaupun begitu, Syafeza mengatakan dia gembira kerana dapat menimba pengalaman itu dan rasa bertuah diberi peluang untuk berada di sana.

Syafeza juga tidak merasa terbeban kerana dirinya sedar masih ramai lagi guru yang mempunyai cabaran yang lebih besar.

“Sebenarnya, saya tidak rasa terbeb4n kerana sedar ramai lagi guru berdepan dengan situasi lebih menc4bar. Disebabkan itu, saya kurang gemar berkongsi pengalaman dilalui di laman sosial dan gambar tul4r itu dimuat naik rakan.”

Malah, bagi Syafeza pengalamannya amat menyeronokkan kerana dapat mengajar murid Orang Asli yang mempunyai budi pekerti yang tinggi.

“Bagi saya, pengalaman sebagai guru amat menyeronokkan lebih-lebih lagi kerana berpeluang mengajar murid Orang Asli yang tinggi budi bahasanya.”

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata semua pihak, terutamanya ibu bapa, betapa besarnya pengorbanan dan tanggungjawab guru dalam mendidik murid-murid.

 

Sumber: FB Syafiezasauli via news kini

Be the first to comment on "“Pernah 6 Kali Jatuh Motosikal.” Guru Tak Menyesal Demi Masa Depan Anak Orang Asli."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*