[VIDEO] Pelumba Pecut Terengganu Jawab Soalan Wartawan Guna Bahasa ‘Inggeris Ganu’ Tarik Perhatian Ramai!

Sejak beberapa hari lalu tular dengan satu video seorang pelumba basikal yang ditanya beberapa soalan oleh seorang wartawan berbangsa asing di satu kejohanan basikal. Rakaman tersebut raih lebih dari 7,000 retweets!

Dalam video berdurasi kurang daripada dua minit itu memaparkan pelumba basikal yang dipercayai dari Terengganu menjawab soalan yang diajukan kepadanya dalam bahasa Inggeris dan kedengaran dia menjawab juga dalam bahasa tersebut.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah pelat Terengganu yang terlalu pekat walaupun dia berbahasa Inggeris!

Menerusi laporan mStar, pelumba basikal tersebut adalah Mohd Hariff Salleh, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG).

Difahamkan temuramah tersebut dibuat selepas Mohd Hariff memenangi Pusingan 2 LdTL (Le Tour de Langkawi).

“Saya kabo doh (bagitau) tak reti cakap Inggeris sebab wartawan itu boleh cakap Melayu. Dia wakil dari EuroSport. Tapi dia tetap suruh saya speaking untuk siaran luar negara,” ujarnya.

“Saya pun menjawab sahaja pertanyaan ikut pemahaman sendiri. Cuma ada perkataan yang saya mahu sebut ‘opportunity’ tapi tidak boleh disebabkan ‘lidoh sayo meme kerah’ (lidah memang keras).

“Jadi terus terlintas perkataan opinion yang hampir sama dengan opportunity. Saya pun tergelak bila sebut ‘opiniong’ sebab bunyi loghat Terengganu,” cerita Mohd Hariff.

VIDEO:

Bagaimanapun rata-rata netizen yang menonton rakaman tersebut memuji keyakinan yang ada pada Mohd Hariff itu.

Hahaha at least he tried…

Hats off to this young cyclist…

Kemah sek kite…

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: mStar / JarrNadmuddean via HCL