Pelanggan Grabfood Yang Murah Hati Memberi RM200 Duit Raya Kepada Penghantar Makanannya Yang Bersusah Payah Meredah Hujan Lebat

Seorang penghantar makanan Grab Food, Suffian Hadi terpaksa merentasi hujan lebat yang tidak berhenti pada hari Selasa, 4 Jun yang lalu demi menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan yang telah lama menunggunya.

Pada hari-hari akhir Ramadan sebelum berhari raya, Suffian berhasrat untuk mengumpul wang untuk persiapan akhir sebelum mula berhari raya pada keesokan harinya.  Walau bagaimanapun, tanpa diduga olehnya, kerana keikhlasannya bekerja pada hari tersebut, dia menerima pulangan berlipat kali ganda atas ehsan daripada pelanggannya itu.

Hadi Lina/Facebook

Menurut kisahnya yang dimuatnaik dalam sebuah kiriman di laman Facebook, pada awal pagi sepanjang hari tersebut, Suffian hanya menerima satu pesanan sahaja dan lebih malang buatnya apabila hujan mula turun dengan lebat mulai jam 5.30 petang sehingga Suffian terpaksa berteduh di bawah jambatan.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba, Suffian mendapat pesanan dalam talian yang memerlukannya menghantar makanan ke Sungei Wang Plaza.

“Saya memaklumkan kepada pelanggan saya yang bernama William, syukurlah dia tidak kisah dan dia memahami keadaan saya dan William juga tidak mahu saya terburu-buru dan meminta saya berhati-hati. William juga meminta saya menunggu sehingga hujan berhenti terlebih dahulu,” tulis Suffian dalam kirimannya.

Hadi Lina/Facebook

Suffian menambah bahawa selepas satu jam, hujan masih belum berhenti dan Suffian menelefon pelanggannya itu semula, dan diberitahu oleh William bahawa dia masih sanggup menunggunya untuk menghantar makanan yang dipesan sambil memakan biskut untuk mengurangkan lapar.

Oleh itu, Suffian segera meredah hujan lebat dan menghantar pesanan makanan yang dimahukan oleh William yang telah lama menunggu.

“Selepas mengambil makanan itu dan menyerahkannya kepada William, dia menjemput saya ke kedai cermin matanya dan dia membelikan saya satu paket nasi lemak berlauk rendang ayam dan sambal sotong serta air kopi untuk saya berbuka,” kata Suffian.

William kemudian memberinya resit makanan dan yang membuatkan Suffian benar-benar terkejut adalah apabila dia mendapati bahawa wang tunai RM200 digulung di dalamnya sebagai duit raya.

Hadi Lina/Facebook

“Saya sangat bersyukur, dia memeluk saya beberapa kali dan berkata ‘Saya faham kerja begini memang sukar dan berisiko’,” Suffian bercerita.

Suffian menambah bahawa selepas menyampaikan makanan kepada William, dia mula menerima banyak pesanan makanan untuk sepanjang malam.

“Apa yang saya pelajari dari ini adalah kita perlu ikhlas dalam pekerjaan kita, rezeki itu sudah ditentukan dan kita tidak harus berputus asa, jangan berhenti atau lupa untuk berdoa dan beribadah (kepada Allah),” tulisnya.

Suffian, yang menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur, juga menasihatkan orang ramai supaya tidak menilai orang lain berdasarkan warna kulitnya sahaja.

Beliau berkongsi pengalamannya di kumpulan Facebook GrabFood & GrabExpress Rider Malaysia dan ramai pengguna Facebook yang memuji kemurahan hati William sementara beberapa pengguna yang lain mengatakan bahawa inilah semangat Malaysia yang sebenar.

Di akhir kirimannya, Suffian juga sempat mengiklankan perniagaan pelanggannya yang begitu murah hati itu, “Jika anda ingin membeli cermin mata, pergilah ke kedai optik William (Eye Pro Vision di Sg. Wang Plaza), dia seorang yang murah hati.”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Hadi Lina|Facebook VIA EraBaru