Tak gemar perempuan suka berkepit, punca Pekin Ibrahim pilih Mona Allen

PELAKON dan pengarah Pekin Ibrahim mendedahkan dia memilih Mona Allen sebagai isteri kerana sikap wanita itu yang sangat memahami dan pandai berdikari.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 47, berkata dia tidak suka wanita yang hanya mahu berkepit dan mengongkong kerjaya seninya.

“Mona seorang yang memahami dan berdikari. Saya memang tak suka yang jenis nak berkepit saja kerana seorang yang berdikari.

Pekin pilih Mona kerana dia memahami.

“Saya ada kerja, Mona pun ada kerja sendiri. Jadi, dia boleh berdikari itu yang membuatkan saya selesa. Dia tak pernah marah saya nak pergi mana.

“Dia tahu saya kerja macam mana. Duduk pejabat, ada penggambaran dan mesyuarat kadang-kadang tak balik pun dia okey cuma kena beritahu,” kata Pekin kepada mStar Online.

Pekin ditemui bersama isterinya ketika menghadiri malam kemuncak Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya baru-baru ni.

Tambah Pekin lagi, Mona juga tidak kisah jika dia menjadikan kerja sebagai keutamaan berbanding dirinya.

“Bagi saya memahami itu yang penting sebab saya kerja nombor satu dan isteri nombor dua. Tapi Mona tahu benda tu dan dia tak kisah. Dia sentiasa sokong kerja saya,” ujarnya.

Pekin dan Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen berkahwin pada 7 Disember tahun lalu dalam majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Pekin dan Mona saling membantu dalam menguruskan kerjaya masing-masing.

Dalam pada itu, Pekin memberitahu kehidupannya selepas berkahwin tidak mempunyai banyak perbezaan namun kini lebih teratur.

Malah, dia menganggap kehidupannya sudah lengkap dengan kehadiran isterinya yang saling menjaga makan dan pakaian serta jadual kerja masing-masing.

“Alhamdulillah tak ada apa beza sangat pun. Cuma sekarang hidup berdua rasa lebih teratur daripada sebelum ini.

“Rasa hidup dah lengkap. Dulu tak ada orang jaga tapi sekarang dah ada orang tolong jaga makan dan pakaian saya.

“Kalau sebelum ni, kami berdua tak ada orang uruskan kerjaya tapi sekarang masing-masing saling membantu dalam menguruskan segala berkenaan kerja,” ujarnya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon