“Panjang Tali Tu” – 4ksi Pelajar Lelaki Main ‘Tarik Tali’ Beramai-Ramai Di Kaki Lima Dorm Buat Ramai Terhibur

Mengendalikan tekanan belajar adalah sesuatu yang sukar jika pelajar tidak mempunyai teman atau tempat untuk berhibur.

Berbeza dengan mereka yang tinggal di rumah sendiri, pelajar yang tinggal di kampus tidak mempunyai banyak kemudahan untuk berhibur.

Walau bagaimanapun, sekumpulan pelajar dari  Universiti Teknologi Petronas (UTP) Perak telah tampil dengan aktiviti menarik untuk mengurangkan tekanan mereka sebagai pelajar.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter atas nama amrlhakim, dia menunjukkan aksi sekumpulan pelajar bermain tarik tali di sepanjang kaki lima bilik dorm.

Tweet yang tular itu disertai dengan kapsyen meme popular ‘apa yang lelaki buat bila teman wanita mereka tiada’.

Klip itu telah ditonton lebih daripada 700,000 kali itu membuat ramai pelajar yang melalui tekanan yang sama rasa terhibur.

Selain itu ramai juga netizen perempuan yang cemburu dan kagum dengan cara kreatif pelajar-pelajar UTP itu berseronok kerana tidak ramai pelajar perempuan yang sanggup membuat bising seperti itu.

“Panjang gila tali…”

“Kalau perempuan buat macam ni…”

“Bising bt lekk je…”

“Capai penyapu tu taktahan…”

“Have fun dengan apa yang diorang ada…”

 

Sumber: Twitter via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook