“Pak Cik Nassier Nampak Awet Muda..” Alif Satar DEDAH Rahsia Awet Muda Bapa Saudaranya

Siapa tak kenal dengan penyanyi 80an, Datuk Nassier Wahab yang bersuara lunak dan sentiasa menarik tumpuan peminat dek kerana sentiasa kelihatan awet muda dan kekacakkannya tak di mamah usia. Nassier juga merupakan antara selebriti yang terus bertahan dalam industri seni tanah air dengan kehebatan vokal beliau yang memukau. Antara penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail dan Jamal Abdillah.

Kalau korang nak awet muda macam Datuk Nassier ni mungkin boleh cuba tip yang dikongsikan oleh beliau ini.

Nassier juga banyak kali berkongsi kisah kehidupannya bersama peminat sama ada aspek menjaga vokal mahupun kesihatan. Mungkin tidak ramai yang tahu beliau juga sering kelihatan awet muda kerana mengamalkan membaca Surah Yusuf.

Terkini,perkara itu diakui sendiri oleh anak saudaranya yang juga penyanyi Alif Satar, memuatnaik sekeping foto lama kelihatan Nassier di zaman muda manakala Alif masih kanak-kanak. Dalam al-Quran sebelum ini ada menyebut Surah Yusuf mempunyai rahsia untuk menaikkan seri wajah dan awet muda.

“Ini bapa saudara saya @nassierwahab. Di sebelah kiri itu dia sedang bermain keyboard milik ayah di rumah lama saya pada 20 tahun lalu dan saya tersenyum hingga telinga.

“Pak cik Nassier ni suka baca surah Yusuf dan itu menjelaskan kenapa dia sentiasa kelihatan kacak.

“Sudah tentu salah seorang wira muzik saya ketika membesar. Terima kasih pak cik Nassier!” tulis Alif menerusi Instagram miliknya.

Alif menyatakan Pakcik Nassier gemar membaca Surah Yusuf yang membuatkan beliau sentiasa kelihatan mempersona sehingga hari ini. Dalam dua foto dalam status yang sama, jika dibuat perbandingan Nassier sememangnya tidak banyak jauh berubah. Penyanyi lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ itu juga menganggap Pakcik Nassier sebagai salah seorang idolanya dalam bidang muzik.

Jadi kalau nak awet muda macam Nassier Wahab mungkin korang boleh cuba amalkan surah Yusuf ni kan.

Selamat mencuba!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: maskulin via Sweetnutella