“Tak Perlu Jadi Kawan Saya” – Ini Komen Padu Neelofa Tentang Hubungan Dengan Fazura

Hubungan dingin antara pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa dan pelakon Fazura dilihat telah berlangsung bertahun lamanya. Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna media sosial mendakwa Neelofa telah memerli Fazura melalui satu video yang dimuat naik ke IG storynya.

Melalui rancangan Melodi TV3 pada Ahad, Neelofa telah membuat penjelasan mengenai video itu. Dia menerangkan bahawa dia tidak ada masalah dengan sesiapa dalam industri hiburan:

Tak ada apa jadi pun, sebenarnya. Saya rasa yang lebih-lebih ialah orang di media sosial. Saya tiada ada-apa masalah dengan sesiapa dalam industri. Industri ini sangat kecil, kami akan terserempak juga, majlis itu, majlis ini, nampak juga muka yang sama. Saya tak ada peseteruan dengan sesiapa.

Neelofa menambah yang dia tidak kisah jika Fazura tidak jadi kawannya, cuma tidak mahu sebarang masalah:

Tak perlu jadi kawan, hanya neutral, tak ada apa-apa masalah dengan satu sama lain, itulah yang sebenarnya saya mahukan.

Neelofa juga menerangkan bahawa orang ramai tidak tahu apa sebenarnya latar belakang video tersebut, sebaliknya membuat penghakiman berdasarkan apa yang terpapar dalam video berdurasi 30 saat itu sahaja:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Find a man who truly loves you, he’d waste no time but to marry you. Ever so grateful to have you by my side through it all. @fattahaminz 💐 #blessings 27.11.17

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Orang menghakimi berdasarkan video 30 saat tersebut. Apa jua perbualan kami sebelum video itu dirakamkan, orang tak tahu.

Orang tak tahu apa perbualan kami yang sebenar. Saya anak pusing masa balik pun tak boleh, tapi saya rasa apa yang boleh dilakukan untuk pulihkan (keadaan), saya gembira, lebih dari gembira jika semua orang neutralkan semua benda, bukannya orang beri peluang pada orang lain untuk laga-lagakan.

Untuk makluman pembaca , Neelofa memenangi pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010 dan pernah berlakon bersama Fazura dalam siri drama Tahajjud Cinta pada tahun 2011.

Hubungan antara keduanya dingin dan renggang selepas itu atas sebab tidak diketahui di mana Neelofa pernah membuat kenyataan Fazura ingin ‘menjatuhkannya’ dan Fazura pula membuat kenyataan balas bahawa Neelofa bukan sesiapa untuk dia ‘jatuhkan’ tidak lama selepas Tahajjud Cinta ditayangkan. – SL

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Me and my best teammate.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : beautifulnara