Dibahan Netizen Sebab Masak Asam Laksa Tak ‘Blend’ Tulang Ikan. Ini Jawapan Padu Eina Azman Bagi

Sudah menjadi adat apa yang kita kongsikan tidak semua orang suka atau mendapat maklum balas positif. Meskipun dengan niat untuk berkongsi perkara baik atau bermanfaat, selalunya sedikit kekurangan yang ada itu yang menjadi tumpuan, bukan kebaikan secara keseluruhan.

Terbaru seorang artis cantik iaitu Datin Paduka Eina Azman telah berkongsi resipi masakan beliau di Instagram. Apa yang mencuri tumpuan bukan kerana kelazatan masakan Resipi Asam Laksa beliau tetapi kerana cara masakan pelakon itu dipertikai oleh segelintir netizen.

Eina dilihat baru sahaja berkongsi resepi itu menerusi sebuah video di entri terbaru IGnya sebentar tadi.

” Alhamdulillah done cooking Asam Laksa,” tulis Eina ringkas sebagai kapsyen.

Bagaimanapun netizen mempersoalkan tentang cara masakan ikan dalam Asam Laksa tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan cara Eina dan menganggap dia tidak membuang tulang ikan serta tidak merebusnya terlebih dahulu.

” Ikan tu memang tak rebus ke Datin Eina, blend macam tu je ke.

” DP ( Datin Paduka), nak tanya, ikan tu masuk sekali tulang ke? Ke DP dah asing tulang?

” Ni kalau makan mesti terasa kesat-kesat kalau blend tak halus, seeloknya rebus dulu, asingkan antara isi dan tulang,” tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Eina membalas beberapa komen netizen terbabit.

” Boleh je makan, Insya-Allah tak mati tercekik, saya masak saya tau,” balasnya.

Sementara itu rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman memasak resipi seakan sama yang dimasak oleh Eina Azman itu. Mungkin mahu memberitahu, meskipun resipinya sama namun cara masakan setiap individu pastinya berbeza. Sebab itu orang selalu sebut perkataan ‘air tangan’. Pernah dengar kan..

” Sy suka kalau blend ngan tulang bagai.. Isi perut tu jerr masuk tong sampah.. Very simple.. Dah blend bagai kasi lumat.. Cfm laaa tak akan tercekik.. Nama pun rebus.. Cfm la lemak berkrim kuah nya.. I like ur style masak simple n yummyyy happyyy tummmyyyy..”, tulis seorang netizen

” Pernah buat tapi mcm x jadi. Bila letak bunga kantan tu dia mcm potong je rasa.. Sebab selalu masak laksa x letak bunga kantan. Tapi bila makan kat kedai sedap je yg ade bunga kantan.. Hurm..”, tulis netizen nama Nurfiqa

Pandai masak salah, tak pandai masak lagi lah salah. Jika anda masih ingat Elfira Loy dulu pernah kena ‘bahan’ sebab tak pandai siang ikan.

Waktu itu Elfira ada berkongsikan video di Insta Story menunjukkan suaminya, Faris Khairol Anuar sedang menyiang ikan. Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen video tersebut dimana Elfira mengakui bahawa dia tidak tahu cara untuk siang ikan.

Seperti sudah dijangka, video tersebut menjadi bualan hangat di laman Twitter, malah ada yang menyindir pelakon tersebut dengan mengatakan bersanding lima kali tetapi siang ikan pun tidak tahu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: gempak