Nyanyian Comel Dapat Perhatian Raja Permaisuri Agong, Anak-Anak Tomok Dapat Jemputan Ke Istana,Beruntungnya.

0
498

Gelagat anak-anak kepada penyanyi Tomok, Arrian Shah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5, yang menyanyikan lagu sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah begitu comel dan menghiburkan.

Siapa sangka, gelagat dua kanak-kanak itu mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada mulanya, isteri Tomok, Siti Rahayu Abas memuat naik video dua cahaya matanya itu menyanyi di laman Twitter.

Entri terbabit mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong yang memuji anak-anak mereka.

“Cute nya. Dari mana ni?” titah Raja Permaisuri Agong.

Seorang pengguna Twitter membalas dan menjelaskan yang dua orang kanak-kanak comel itu merupakan anak kepada Tomok.

“Kuala Lumpur rasanya, Tuanku. Anak kepada penyanyi Tomok,” balas pengguna Twitter yang bernama @SoldatenV.

Menariknya, Raja Permaisuri Agong membalas ciapan terbabit serta memaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk menjemput anak-anak comel itu ke istana.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

ini betul-betul ke cobaan? jemputan dari TUANKU AGONG untuk anak-anak saya ke istana negara ❤️

Siaran dikongsi oleh Tomok (@tomokofficial) pada

Dalam pada itu, Tomok juga berkongsi paparan skrin tweet Raja Permaisuri Agong di laman Instagram miliknya.

“Ini betul-betul ke cubaan? Jemputan dari Tuanku Agong untuk anak-anak saya ke Istana Negara,” tulis Tomok.

Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan berita terbabit dan berharap agar anak-anak Tomok berpeluang untuk bertentang mata dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Untuk rekod, Tomok dan Rahayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here