Netizen Nak Cilikan Mulut Elly Mazlein… Eh, Dah Kenapa?

Pelakon, penyanyi dan pengacara Elly Mazlein memang terkenal dengan karakternya yang lucu dan bersahaja.

Memulakan langkah dalam bidang seni menerusi bidang nyanyian, Elly yang popular dengan nama Kak Lina Pom Pom ini mengorak perjalanan sebagai seorang pelakon berbakat dan kini dia juga turut berjinak melibatkan diri dalam dunia pengacaraan.

Terbaru, Elly mula dipanggil dengan nama Senah gara-gara wataknya dalam drama bersiri yang sedang hangat bersiaran di slot Megadrama, Patah Sayap Bertongkat Paruh.

Menggalas tanggungjawab merealisasikan watak antagonis tersebut, Senah di tangan Elly mencur1 perhatian kaki drama.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, penonton drama bersiri terbabit memberikan pelbagai reaksi terhadap watak Senah.

Berjaya membawakan karakter antagonis dengan baik, ada penonton yang g3ram sehingga mahu ‘mencilikan’ mulut Senah!

Ada juga memuji persembahan Elly yang kelihatan sangat ‘in character’ dan gelagatnya yang mencur1 tumpuan.

Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan drama bersiri terbitan Zeel Production dan skripnya hasil gandingan Marr Mohamad bersama Lynnda Sharudin.ย 

Drama bersiri itu merupakan hasil adaptasi novel berjudul sama karya novelis Hana Ilhami.

Selain Elly, drama ini menampilkan gandingan Datuk Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Aman Aziz, Amelina, Cat Farish, Jalil Hamid dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Patah Sayap Bertongkat Paruh arahan Along Kamaludin setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Gunakan hashtag #PatahSayapBertongkatParuh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
View this post on Instagram
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 
ย 

Nahhhhh amikkk engko .. senah ckp,org bandar ni suke sopin dkat pebilionnnnn.. haaaaa pebilionnnnn ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคช๐Ÿคช๐Ÿคช . Jgn lupa dating dgn kakak lina & barisan Artis Popular dlm #PatahSayapBertongkatParuh sekejap je lg, jam 10mlm, setiap Isnin hingga Khamis di #astroria #MegaDrama ๐ŸŽฌ๐Ÿ“บ๐Ÿ“ฝ

A post shared by ๐ŸŽ€ELSefhia ๐ŸŽ€ (@iamellymazlein) on

Komen Netizen:

Ha3 suka tgk kkak lina bwa wtak2 mcmni…kdg2 geram x jd nk mrh ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

alahaiii kak senah mmg suka sgt tgk akak berlakon drama..Mnjadi2…๐Ÿ˜‚

 

Sumber: Gempak

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon