” Alhamdulillah….” – Nelydia Senrose Sekali Lagi Tunai Umrah & Kali Ini Bersama Suami Tercinta

Kali kedua menjejakkan kaki ke Tanah Suci, pelakon, Nelydia Senrose, akui kunjungan ke Makkah kali kali ini lebih bermakna apabila ditemani suami dan ibadat umrah pula ditunaikan pada bulan puasa.

Katanya, jika selama ini dia sering mendengar pengalaman indah orang lain mengerjakan ibadat berkenaan pada Ramadan, kini dia sendiri berpeluang menikmatinya.

“Masa begitu pantas berlalu kerana masih baru lagi rasanya saya menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah, iaitu penghujung tahun lalu. Bezanya, dahulu saya ke sana sebagai orang bujang.

“Selama ini, saya asyik mendengar pengalaman orang lain mengerjakan umrah pada bulan puasa. Kali ini, saya sendiri cukup takjub apabila diberikan kesempatan menunaikannya pada bulan cukup mulia.

“Lebih manis, ia dapat dinikmati bersama suami (Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid) dan kakak (Uqasha Senrose),” katanya 

Nelydia, 24, dan ahli perniagaan berusia 35 tahun itu berkahwin pada 6 April lalu, di ibu kota.

Bercerita mengenai kehidupan berumah tangga, Nelydia akui seronok memikul tanggung jawab sebagai isteri.

“Sebelum terbang ke Tanah Suci, saya sempat berpuasa dan berbuka bersama suami serta keluarga di tanah air. Sekarang, kami menjalani ibadat puasa sambil mengerjakan umrah pula,” katanya.

Ditanya apakah pemergian ke Tanah Suci itu juga adalah bulan madu mereka berdua, Nelydia lebih suka menyifatkannya sebagai kembara penyucian jiwa.

Sementara itu, diusik dengan pertanyaan mengenai cahaya mata, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini berkata, mereka tidak terburu-buru dalam soal berkenaan.

“Saya mahupun suami tidak berasakan perlu tergesa-gesa dalam soal zuriat. Begitupun, kalau ditakdirkan menjadi ibu bapa dalam tempoh terdekat, kami takkan menolak rezeki berkenaan,” katanya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber  : BH