[VIDEO] Neelofa Gigih Tarik Kain Yang Tersangkut Sewaktu Dato M Daud Kilau Sedang Bergelek

0
214

ANUGERAH MeleTOP Era 2019 (AME 2019) yang mengetengahkan tema ‘Glam’ penuh gemerlapan dengan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’ akan mencapai kemuncaknya pada malam ini.

Acara anugerah pilihan penonton yang memberikan kuasa sepenuhnya kepada peminat untuk menentukan pemenang bagi kesemua 16 buah kategori pencalonan yang dipertandingkan akan dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 9.00 malam ini (21 April 2019), secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebagai bonus, acara ini turut boleh diakses menerusi program ‘Live Streaming AME 2019’ yang disiarkan menerusi platfrom digital di saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand bermula jam 8.30 malam untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Bagi edisi baharu ini, selebriti popular yang juga merupakan pasangan hos sensasi program ‘MeleTOP’ iaitu Nabil Ahmad dan Neelofa mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam AME 2019. Namun begitu, mereka masih kekal sebagai pengacara pentas AME 2019 bersama Jihan Muse.

AME 2019 menyaksikan persaingan sengit di antara aktor Remy Ishak dan Syafiq Kyle yang tercalon untuk tiga kategori individu yang sama iaitu ‘Fesyen MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

Tarian dan pakaian Neelofa curi tumpuan

Terdahulu Neelofa tampil membuat kejutan apabila muncul dipentas dengan melakukan aksi tarian persis kumpulan Blackpink.

Sebaik Neelofa muncul dengan pakaiannya serba hitam, peminat mula menjerit dan bersorak sambil menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka itu.

Mungkin kerana tidak pernah melihat Neelofa selincah itu menari. Namun apa yang menarik, pakaian Neelofa turut jadi ‘bahan’ troll warganet. Hmm macam-macam..

Sementara sewaktu Dato M Daud Kilau melakukan persembahan di akhir acara, kelihatan seakan beliau tertarik kain Neelofa. Serentak dengan itu Neelofa dilihat cuba melepaskan kainnya itu.

Itu pun sempat jugak jadi bahan oleh netizen. Nampak ajer!

Lihat video di bawah.

 

Komen netizen;

Kenapa tu kain sangkut…

Cian sis neelofa kain sangkut…

Kemungkinan Dato` M Daud Kilau tak sengaja tu. Memang sporting Dato` siap bergelek lagi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : awatttsyeikhh via MediaOhsem

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here