” Saya Bukan Kuat Berangan…” – Nazim Othman Ulas Tentang Gelaran ‘Putera Kayangan’

Demikian komen pelakon, Nazim Othman, 34, ketika mengulas mengenai penggunaan gelaran terbabit untuk dirinya, di Instagram

“Karakter Putera Kayangan yang digunakan di laman sosial bukan bermakna saya kuat berangan, taasub atau memuja diri sendiri.”

Menurutnya, panggilan berkenaan tidak lebih daripada usikan yang dirasakan dapat mendekatkan lagi dirinya dengan peminat.

“Jadi, saya saya harap tiada yang berfikir bukan-bukan dalam soal berkenaan. Ia hanya sebuah karakter fiksyen dan tiada kena mengena dengan sesiapa, yang masih hidup ataupun sebaliknya.

“Jika ada yang mengenali saya dengan rapat, mereka tahu saya bukan lelaki suka berangan, malah sangat bersederhana,” kata pemilik nama penuh Nushrul Alif Othman ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hong Kong is fine, so fine. 🙌🏻

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Mengakui dirinya suka meluangkan masa bersendirian, Nazim malah berkata, ada kalanya dia memilih untuk mengembara secara solo.

“Saya tidak kisah kalau makan seorang diri. Begitu juga jika bercuti atau mengembara. Ada yang mempersoalkan, apakah saya tidak berasa sunyi melakukan semua aktiviti itu tanpa teman? Bagi saya, ia terpulang kepada diri masing masing. Saya bahagia dengan cara begini.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

我愛你 . Faham tak?

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

“Sebenarnya, bukan semua orang yang suka bersendirian hidup kesepian. Sebaliknya, cara itu membuatkan saya lebih berdikari,” katanya.

Menyentuh sambutan hari raya, Nazim berkata, dia juga tidak bermewah dalam meraikan lebaran, malah mengenakan apa sahaja pakaian yang ada.

“Sejak zaman bujang hinggalah kembali solo, saya cuba bersederhana dalam serba serbi. Saya pakai apa yang ada dan tidak keterlaluan ketika berbelanja. Jika baju lama masih elok untuk dipakai, kenapa perlu membazir?

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Amik la sampul kosong ni, pastu letak la berapa banyak duit sendiri ikut suka hati. #MatRiYe

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Here for coffee.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

“Tahun ini, saya beraya selama seminggu di Johor Bahru, diikuti aktiviti percutian ke luar negara,” katanya yang ketika ini berada di Hong Kong.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: BHonline