“Saya Gembira Kerana Kita Dapat Hidup Bersama Walaupun Untuk Seketika ..” – Nadia Annuar luahkan sesuatu buat Arwwah Adam

Personaliti televisyen, Nadia Annuar meluahkan rasa rindu terhadap chef selebriti, Adamdidam yang meninggaIdunia pada Ahad lalu.

Menurut Nadia, dirinya dan arwwah Adam adalah sepupu tetapi keakraban mereka seperti adik beradik kandung.

Luahan itu dibuat menerusi sebuah video yang mengandungi kenangan foto mereka yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.

“Al fatihah buat adikku, Adam.. Saya masih merindukan awak setiap hari.

“Dunia ini mungkin masih rasa sama kepada orang lain tetapi bagi sesetengah daripada kita, ia tidak akan rasa sama lagi.

“Saya mendoakan awak setiap malam kerana saya masih berfikir tentang awak.

“Kita membesar bersama-sama sebagai sebuah keluarga..keluarga awak dan saya.

Ibu kita mungkin adik-beradik yang membuatkan kita menjadi sepupu tetapi awak semua sudah seperti adik beradik saya juga.

“Saya juga boleh mengatakan bahawa saya lebih dekat dengan awak berbanding dengan adik beradik lelaki saya sendiri.

“Saya gembira kerana kita dapat hidup bersama walaupun untuk seketika selepas kita berjauhan.

“Terima kasih Allah kerana telah meminjamkan dia kepada saya dan menjadikan kita lebih dekat daripada sebelum Engkau mengambilnya.

“Saya masih teringat hari dimana saya menemani untuk uji bakat pertama Hero Oven awak dan betapa gemuruhnya awak.

“Bagaimana setiap hari kita akan berbincang berjam-jam mengenai apakah cabaran yang seterusnya. Dan bagaimana untuk mengatasinya.

“Tahulah bahawa Kakya bangga dengan awak Adam.

“Terima kasih kerana telah datang untuk mengucapkan selamat tinggal walaupun hanya di dalam mimpi saya.

“Anda akan sentiasa berada di dalam hati saya – Muhammad Adam bin Mahamed Ismail,” tulisnya.

Bekas peserta Hero Oven ini meningg4l dunia dipercayai akibat j4ngkitan paru-paru.

 

Sumber : Celotehsaje

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon