“Saya Beryukur Apabila Isteri Sudah Bersedia Untuk Bertudung”- Nabil Ahmad

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad bersyukur apabila isterinya, Zira Ayub telah mengambil keputusan untuk bertudung sejak beberapa hari lalu.

Menurut Nabil, sebagai seorang suami dia sentiasa menyokong apa jua keputusan yang ingin dilakukan oleh isterinya dan memohon agar orang ramai dapat mendoakan agar Zira sentiasa istiqamah untuk bertudung.

“Alhamdulillah, Zira sudah mula bertudung sekarang ini sejak beberapa hari lalu.

“Saya berharap agar kita sama-sama mendoakan agar dia istiqomah dan dibukakan hati untuk terus bertudung.

“Saya bersyukur apabila dia mengatakan ingin bertudung dan saya sentiasa akan memberi sokong penuh kepadanya terhadap keputusan yang ingin dilakukan.

“Sebagai seorang suami saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat isteri dan anak-anak dan alhamdulillah doa saya itu dimakbulkan,” katanya kepada Gempak.

Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka hari raya KM Empire, di Cyberjaya, pada Rabu.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

10years Anniversary in the Industry Nabil Ahmad 🎉🏆 | Majlis Ulang Tahun Nabil Ahmad 10 Tahun dalam industri & Doa Kesyukuran @NabilZira : THANK YOU | TERIMA KASIH yang terlibat menjayakan. : •yakult @yakultmalaysia . •airpoolstylo – @airpoolstylo #thefamousjerux . •cake @thecupcakecrazy @ladybosscake . •Buku Surah Yassin @yassindoorgiftmurah . •Popcorn @the_goodies_house . •Marshmallow & Cookies @doorgift_popcorn . •Kuih Talam @safeidasaad . •kerepek cheese @wondercheese88 . •kek @petitchef_cakes . •instant photobooth @thepaparazzi_fotobooth . Decoration & backdrop •@studiopaip_events . Official Videographer •@fluentpixels . Venue: @colosseummalaysia . Marquee Tent & Canopy: @sanicanopy . Sound & Lighting: @phanthommezzos . Sound Engineer: @azizulkhafar . Catering: @greenlopez . Signature Dessert: @aromamurnikitchen . Ice Cream: @popluff_icecream . Photographer & Videographer: @blacklensproduction : #10yearsNabilAhmad #SedekadNabilAhmad

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Gempak