Muat Naik Cover ‘Cinta Luar Biasa’ Untuk Buktikan Boleh Menyanyi, Mark Adam Buat Ramai Cair

Disebabkan selalu terlibat dalam siri dan program komedi, ramai yang ‘terlupa’ bahawa Mark Adam merupakan seorang penyanyi. Malah, anak kelahiran Filipina itu merupakan seorang guru vokal di sekolah Suara Academy Petaling Jaya.

Beberapa minggu lepas Mark ada memuat naik video dia menyanyikan cover untuk lagu Cinta Luar Biasa oleh Andmesh Kamaleng di Youtube. Namun, mungkin terpengaruh dengan program ‘I Can See Your Voice’ yang menampilkan penyanyi itu, ada yang menyangka dia hanya ber’miming’ dalam video berkenaan.

Gara-gara segelintir netizen yang tidak percaya bahawa suara dalam cover itu adalah benar-benar suaranya, Mark telah memuat naik satu lagi video pendek di mana dia menyanyikan semula lagu itu di laman Instagramnya untuk membuktikan bahawa itu memang suaranya yang sebenar.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada yang tak percaya cover Cinta Luar Biasa kat Youtube tu suara saya😢 #SuaraAcademyChannel @suaraacademy

Siaran dikongsi oleh Mark Adam Official (@markadam1079) pada

Kongsiannya itu mendapat komen positif dari netizen yang rata-rata jatuh cinta dengan kemerduan suara Mark mendendangkan lagu penyanyi Indonesia itu.

“Suara sedap gila…melting…”

“Of course suara dia sbb aku dgr malihat mu…”

Sumber: Mark Adam via HCL